Thursday, March 29, 2007

Aku,Dia dan Langkawi.



Langkawi terkenal dengan kecantikan pulaunya dan keunikan sejarahnya.Langkawi dalam lagenda dikatakan tempat tinggal seekor burung garuda yang membinasakan angkatan anak raja Rom kecuali kapal Raja Merong Mahawangsa ketika itu mendarat di tanah besar mencari bekalan.Selain dari itu,Langkawi juga terkenal dengan kisah Mahsurinya.Sejarah Mahsuri berlaku sekitar tahun 1817 hingga 1821,namun tarikh sebenar tidak dapat dipastikan.Negeri Kedah ketika itu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ll.Sesetengah mengatakan bahawa kisah Mahsuri ini adalah sejarah bukan lagenda.Ia juga diperakui ramai tokoh sejarah Kedah,bagaimanapun peristiwa itu merupakan cerita lisan rakyat.Hakikat terdedah kepada unsur tokok tambah,maka kemasukan unsur mitos dan lagenda tidak dapat dielakkan.

Mahsuri binti Pandak Maya difitnah oleh ibu mertuanya Wan Mahura akibat cemburu.Dia difitnah melakukan hubungan sulit dengan Deramang dan melahirkan Wan Hakim yang datang dari hasil hubungan tersebut.Akibat hasutan Wan Mahura juga akhirnya mereka dijatuhkan hukuman mati.Kata-kata terakhir Mahsuri yang berupa sumpahan,tidak akan menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk Pulau Langkawi tidak aman dan tenteram selama tujuh keturunan.Akibat dari sumpahan itu,dikatakan darah yang mengalir dari tubuhnya selepas ditikam(hukum bunuh) berwarna putih.Langkawi juga dikatakan tidak membangun akibat daripada sumpahan itu.

Itulah serba sedikit tentang Langkawi...Hujung tahun lepas aku ke Langkawi bersama keluarga bagi menjayakan hari keluarga opis mama..Bertolak dr KL dengan menaiki bas ke Kole Perlis.Perjalanan diteruskan pula dari jeti Kole Perlis dengan menaiki feri ke jeti Pekan Kuah.Sekali lagi menaiki bas dari pekan kuah ke tempat penginapan.Adeh letihnya tak terkata..Adik aku gak yg untung pegi naik kapal tobang sbb kene keje aritu..Tak kisah la..

huh..kuat la tu nk tolak pokok..hehheh

Malam tu tiada aktiviti so selepas makan malam kami berjalan-jalan menyusur pantai.Dengan angin malam yang nyaman..deruan ombak memecah pantai,sungguh menenangkan..Tapi semua tu sementara sahaja..Kedatangan kami memecahkan kesunyian,menenggelamkan deruan ombak dan digantikan dengan deraian gelak tawa kami..Sudah lama tidak berkumpul beginilah jadinya..Bertukar2 cerita,..bergurau senda...

ko pikir ko ringan ke nk dukung lama2..adehh...

Selepas sarapan pagi keesokan harinya diadakan sukanika...Berbagai acara dijalankan,untuk kanak2,remaja(aku masih group ni lagi kan kan kan...) dan dewasa(atau ctizen..(mcm nide kan kan kan..) )Meriah sekali..Selepas makan tengahari kami bersiap untuk aktiviti seterusnya.Bagi yang gemar membeli belah akan ke Pekan Kuah dah sekitar langkawi untuk memborong sakan,manakala bagi mereka yang mahu bersantai akan ke jambatan gantung.


apsal la asyik korang je yg posing..aku nak jugak..nak nak nak jugak


pemandangan dari cabel car

Setelah puas bersiar2 di jambatan gantung sambil menikmati pemandangan yang indah,kami ke pekan kuah memandangkan masih ada baki waktu lagi sebelum makan malam.Pulang dari pekan kuah aku dah adik2 berlari ke pantai.Hehehe..nak kejo matahari terbenam..Puas bergambar kami pulang ke penginapan.Makan malam sungguh meriah...bukan sahaja meriah kerana makanannya tetapi juga meriah dengan acaranya,teka kacang(ehemm)..cabutan bertuah..karaoke...Nasib la tak ilang suara aku melalak malam tu...

"sinar mentari senja,mendung menyelubungi menikam jiwa.kau hadir bagai mimpi,laksana embun pagi yang menyirami..."

big bosses n anak buah berkaraoke

Keesokannya kami bersiap untuk bertolak pulang.Dari jeti pekan kuah ke jeti kole perlis kami singgah sebentar di padang beso.Shopping lagi!!..Dari langkawi sampai la ke padang beso,abis semua di borong..Aku dan adik2,kami berlegar2 seketika kemudiannya duduk di kedai minum untuk membuang masa.Setelah beberapa jam menanti akhirnya kami bertolak pulang ke KL.

hahhaha..padan muka...asyik ko je yg nk amik gambo


p/s~~nampak hanya cerita aku dan langkawi sahaja kan..dimana 'dia'?'dia'ada di tengah2 cerita itu..hehehe.....


Friday, March 23, 2007

Talifon



Aku berlegar2 di ruang makan itu mencari tempat duduk..Banyak pilihan sebenarnya,lagi2 waktu sebegini,melepasi waktu makan tengahari...Namun aku masih lagi berlegar2,mencari2 tempat yg berkenan dia hati..Setelah aku toleh kiri dan kanan,aku panjangkan leher kiranya aku terlepas pandang..Akhirnya mata aku terpaku pada meja kosong di tepi cermin itu..Sedikit tersorok dan dengan bonus,pemandangan yang cukup menarik..."Bagus!Aku duduk di situ."...kata hati sambil melangkah menghampiri meja itu..

Selang beberapa buah meja dari aku,duduk seorang pemuda.."Emm...boleh tahan jugak mamat ni...Pakaiannya kemas,gayanya juga ringkas.Mungkin dalam lingkungan 30an" fikir ku.Sedang aku leka melihat pemuda itu,tiba2...perut aku bagai di pulas2.."Aduh!Tak sabar2",..rungut ku.Perut yang kosong sejak pagi lagi minta di isi..Cacing2 itu juga minta di kasihani..Ku capai sudu dan garfu.."Bismillah"..dan tanpa segan silu,terus ku baham nasi ayam itu umpama singa lapar.Huh! Nasib baik la aku duduk sedikit tersorok,orang juga tidak ramai.Jika tidak,mungkin mereka akan berkata.."Anak siapa la tu agaknya"...Erm...Lantak la...

Sedang aku sibuk melahap ayam di pingan untuk menjamu cacing2 belaan ku,tiba2...

"Smack that all on the floor,..smack that give me some more,..smack that 'till you get sore,..smack that ooh-oooohhh!"...

Ish!Talifon sapa lak ni,..mengangu kosentrasi betul la..sambil memerhati sekeliling..

"Hello!Yang,..U kat mana? Ooo..ok...Ialah,I tunggu u la ni.Kat tempat biasa..Emm...ok..c u"...Pemuda itu mengakhiri perbualannya..

Sambil aku menyuapkan nasi ke mulut,..."Erm...nampaknya takda chance la aku,sah2 la tu makwe dia"...fikir ku..."Takpa la,mana la tau lepas ni ada lak yang lagi hencem duduk depan aku.Boleh jugak aku main mata"..fikir ku nakal..Senyuman terukir di bibir..

Dengan senyuman yang masih belum lekang,aku mengangkat muka..Memandang semula ke arah pemuda itu..Eerkkk!!Mana??...Berdiri di situ seorang lelaki warga asing,Bangladesh mungkin,sedang mengemas meja..Menghadang penglihatan ku dari terus ke pemuda itu.Memandang ke arah ku dengan senyuman yang....Argh.. Segera aku berpaling keluar,melihat ke arah pemandangan indah di luar sana..Senyum ku hanyut entah kemana.."Cet!!Apa punya malang,lain yang aku fikirkan lain pula yang muncul"..gumam ku

"......Maafkan aku,menduakan cinta mu.Berat rasa hati ku,tinggalkan dirinya...Dan demi waktu,yang mengulir di samping mu..Maafkan la diri ku......."

"Hello!Erm...Nanti saya beli la..Saya sibuk ni...Erm....erm....ok....Dia tengah buat apa tu?Tengok2 kang jatuh pulak..Ok la saya sibuk ni,balik nanti saya beli la.Erm..ok..susu skali.Saya balik lambat malam ni...Aaa...Ok..Bye"...pemuda itu mematikan perbualannya..

Eeerrkkk!....Dia??....Emmm....




Tuesday, March 20, 2007

Jokes....


My new data-entry assistant could often be heard offering encouragement to her computer.

"You can do it,big guy!" she would say.

"Good boy! Nice job fella."

After one particularly lengthy pep talk,I asked

"How do you know your computer's male?"

"Because you have to tell it what to do."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dave and I were involved in a petty argument, both of us unwilling to admit we might be in error.

"I'll admit I'm wrong ," I told my husband in a conciliatory attempt, " if you'll admit I'm right."

He agreed and, like a gentlemen, insisted I go first. "I'm wrong," I said.

With a twinkle in his eye, he responded, "You're right!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The new computer my sister, Jewell , and her husband bought had a program with a spell-check function, which they decided to try. My sister typed in her name, and the computer suggested the correction Jewel.

"You don't know how to spell your own name," my brother-in-law said, laughing, as he typed in his name, Myron.

No such word, according to the computer. It suggested Moron.


p/s~have a nice day allz....