Tuesday, February 13, 2007

Hobi


Setiap kali anda bercerita tentang hobi anda kepada kawan2 anda,apakah maklum balas yang anda terima dari mereka?Hobi aku??....


Aku suka camping,hiking,jungle trekking dan apa saja yang seangkatan dengannya..Nikmatnya apabila berada di samping alam semulajadi...Pokok2 yang menghijau,air yang mengalir tenang..nyaman dan menyegarkan,bau tanah yang segar,unggas bersahut-sahutan..sungguh nikmat...Sesuatu yang tidak dapat di gambarkan dengan kata2 sahaja....Aku juga sukakan cabaran.Cabaran dan halangan yang menanti sepanjang perjalanan,dari point A ke point B atau mungkin juga ke point C..Cabaran yang bukan saja menguji fizikal tetapi juga mental.Tak dapat nak aku bayangkan atau gambarkan kepuasan yang dikecapi....tetapi aku puas...Apatah lagi bila sampai ke destinasi..Yup!...aku puas...

Namun bukan semua orang melihatnya dari persepsi yang sama kan...?...Ini sebahagian dari yang selalu aku terima setiap kali aku bercerita tentang hobi...

  • Campingg!!! Tido dalam hutan!! Ko giler??
  • Tido dlm khemah ngan sleeping bag je..?Takpa la,..aku tido kat umah lagi baik...
  • Semak!! Sungai!! (fr 'the business') Errkk.....Tandas takda ke?...
  • Bag besar tu nak kene bawak!!??...Ko nak bunuh diri ke??
  • Brapa lama nak sampai? What!!!! 8 jam? 2 hari? Jalan kaki? GILERR...!!!

Walau apa pun tindak balas yang diberi,aku terima...Adakalanya bila merenung kembali reaksi mereka, membuatkan aku tersenyum dah tertawa sendirian...


Ini ekspedisi ke Gunung Korbu di Perak.Perjalanannya mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan ketinggian 7162 kaki (G7).


Perjalanan di mulakan dengan menaiki 4x4 yang mengambil masa lebih kurang 45 min-1 jam merentasi perkampungan orang asli dan kebun kelapa sawit.Menjimatkan beberapa jam dari berjalan kaki.

Masak bubur n air teh untuk sarapan pagi sambil menanti kumpulan kedua.

Sebahagian dari jejaka2 hensem se malaya.

Sebahagian dari cabaran hari pertama.Berjalan meredah semak,pokok n buluh tumbang.



Berehat seketika.Penatt sehhh....


Berhenti untuk makan tengahari di sini,Kem Pangkin.Menu of the day MAGGI..hehehe...Semua pun dah penat so malas nak masak.Makanan sampingan,bubur pagi tadi n biskut tiger.

Tidak di galakkan untuk berhenti lama disini kerana banyak penyengat..

Kem site yang pertama.Masak tuk makan malam setelah selesai mendirikan khemah.Masa yang di ambil untuk sampai,8-9 jam.Fuhhh!!....Menu untuk makan malam,nasi..kari ayam...telur dadar...telur masin....sayur campur n kicap.hehhe

Bersiap untuk meneruskan perjalanan selepas sarapan pagi.Menu..jemput2@cekodok dan roti.

Acara wajib, senaman n doa.

Berposing dulu sebelum meneruskan perjalanan pada hari yang kedua.

Last water point seblum sampai ke puncak.Berhenti tuk ambil air, mandi(sejuk yang amat walau pun dah tgh hari) dan makan tengah hari. Seperti biasa menunya MAGGI.

Berehat seketika setelah penat mendaki dan meredah hujan.Memang sekejap pun,baru nak relex sambil meregangkan urat kabus dan angin sampai.Sejuk yang teramat...di bantu dengan baju yang lencun lagi la........gerrrrrrr

Berjaya tiba di puncak setelah berjalan lebih kurang 10-11 jam.Memasang khemah n masak tuk makan malam.Menunya..nasi dan roti arab,kari kambing,sayur pucuk dgn kentang dan telur masin.

Pemandangan Ipoh dari puncak Korbu.

Bergambar kenang-kenangan...Bila lagi....



Pompuan? Ini je yang ada....hehheh

Gambar dari permatang ke permatang
Panjattt...jgn tak panjatt....

Looks Spooky tapi ini lah antara pemandangan dah tempat paling menarik sepanjang perjalanan ini.Lumut2 hijau seperti karpet dan dihiasi dengan periuk2 kera yang comel menjalar sepanjang laluan...

Antara pemandangan yg indah sepanjang perjalanan di permatang pada hari kedua dah ketiga.

Hari terakhir.Berendam sepuas hati sambil menunggu ketibaan 4x4.

Alhamdulillah....Selamat sampai.


Whats urs?

Monday, February 12, 2007

Kelly Clarkson

Behind These Hazel Eyes
You were a part of me
I used to stand so tall
I used to be so strong
Your arms around me tight
Everything, it felt so right
Unbreakable, like nothin' could go wrong
Now I can't breathe
No, I can't sleep
I'm barely hanging on
Here I am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won't get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes
I told you everything
Opened up and let you in
You made me feel alright
For once in my life
Now all that's left of me
Is what I pretend to be
So together, but so broken up inside
'Cause I can't breathe
No, I can't sleep
I'm barely hangin' on
Here I am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won't get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes
Swallow me then spit me out
For hating you, I blame myself
Seeing you it kills me now
No, I don't cry on the outside
Anymore...
Here I am, once again
I'm torn into pieces
Can't deny it, can't pretend
Just thought you were the one
Broken up, deep inside
But you won't get to see the tears I cry
Behind these hazel eyes

Sunday, February 04, 2007

Malang Tak Berbau



Memang betul kata pepatah...malang tak berbau.Tu la yang aku alami dua minggu lepas..Malang..jatuh gaung..Tergelincir semasa dlm perjalanan keluar dari tempat perkhemahan..Yang lebih malang lagi,belum sempat pun berkhemah..Perancangan awal nak berkhemah di Sg Chiling, Kuala Kubu Baru.Setibanya dia sana,perjalanan kami terhenti di sungai yg pertama lagi.Air naik akibat hujan renyai yg tidak berhenti dari siang lagi.Selain kami ada juga group lain disana,kawan2 kami juga.Tak sangka pula berjumpa mereka di sana.Setelah hampir sejam kami menanti dan berbincang kami memutuskan untuk menukar haluan ke tempat lain.Memandangkan keadaan tak memungkinkan kami untuk meneruskan perjalanan walau pun menunggu sehingga hari siang.Waktu baru menunjukkan jam 4 pagi.Setelah megucapkan selamat kepada rakan2 yg lain,kami meneruskan perjalanan.

Jalan raya sudah berada di depan mata.Hanya perlu menuruni lereng gaung sedikit dan naik semula...sampai lah.Entah mengapa tiba2 jantung ni berdegup kencang..hati tak keruan..Sejak dr awall lagii..ada satu perasaan yg tidak enak..Kaki amat berat untuk melangkah...Entahh la,mungkin mainan perasaan saja tu...Aku masih lagi memeluk pokok di sisi,masih cuba untuk menenangkan hati...Come on kacc...5 langkah ke bawah,4 langkah ke atas,sampai!..Bukan jauhh pun.."Mak!ko ok ke?tanya Jimie yang berada di belakang aku.."Ermm..ok."jawap ku antara dengar dgn tidak..


Ahh..jalan je la...Lagi pk lagi tak kemana,kata ku pada diri..Sebaik kaki ni melangkah,tiba2...aku terasa seperti di tolak ke belakang.Arrghhh!!...Itu saja yg keluar dr mulut aku..Menjerit?Tak mungkin..Latihan yg di terima selama ni tak memungkinkan tuk aku menjerit apatah lagi menangis...Badan ku berguling2 beberapa kali..Dapat juga ku rasa kepala ni beramah mesra dengan tanah,batu2 kecil dan pokok2 yg sememangnya berdiri gah di situ..Sakit?..adakah aku memikirkan sakit?TIDAK...Mmg tidak terlintas sedikit pun.Terpulang la,..mungkin ada yg akan berkata aku bohong atau aku sengaja nak membesarkan cerita atau aku mahu berlagak..Aku x kisahh...Itu lah kebenarannya,aku langsung x memikirkan ttg sakit yg aku alami..Ketika aku jatuh,perkara pertama yg terlintas di fikiran..aku harus capai apa saja yg sempat..pokok..akarr..dahann..apa saja...Supaya aku tak terus jatuh..Supaya aku dapat memperlahankan tarikan gravity.. Kenyataannya...bag seberat 9-10 kilo yg aku galas tak akan membantu tuk aku berhenti dgn mudah.Malah ia membuatan aku lebih pantas ke bawah.


Capaiii kacc!!!...Capaii apa yg ada di sekelilingg kauu....Capaiii!!!!!Itu la yg bermain di dalam fikirann aku..Aku hafal benar dengan kawasan ni.Kalau aku tak berhenti segera..batu2 besar sudah menanti aku di bawah bersama2 dgn sungai yg deras..!Aku berusaha sedaya upaya,tangan ku kiri dan kanan bekerja keras..Mencapai pokok2 renek,dahan2 yg melintang,mencakar tanah mencari akar timbul...apa saja..Aku sudah hampir benar dengan sungai,..aku boleh mendengar betapa derasnya air yg mengalir..Aku hampir panic!...tiba2 ..tangan yg mencakar tanah merasakan sesuatu....AKAR!!..Terus aku gengam semahu hati...Aku tau,ini lah peluang aku.Aku gengam akar tu dgn tgn kanan,sekuat mungkin.Aku sedikit tersentak dah akhirnya berhenti sambil muka menyembah bumi.Kaki ku mula menguis tanah,mencari tapak untuk di pacak kaki ni,bagi membantu tangan menampung badan.Dalam kaki ku menguis2 itu..terasa ada sedikit lekuk di lutut kiri,segera aku sendalkan lutut ku disitu dan terus merebahkan badan ke tanah...Aku rasa lega...lega yg teramat sgt...Syukur..aku tak terus jatuh ke bawah..Aku terdengar sayup2 suara memanggil aku...Aku sahut sekali dua...Tak larat rasanya...walaupun untuk bersuara..Aku sembamkan semula muka ke tanah dan aku terus.............


Terkebil2 aku membuka mata..Aku cuba amati sekelilingg,gelapp...Aku di mana?...Tiba2 jantung aku berdegup kencang.Aku panik..Aku cuba tenangkan diri,lagi kuat jantung aku berdegup...Aku cuba bangun,arghh!!!!!!...Tgn kiri aku sakitt,sakit yg teramatt sgt..Blakang aku beratt..aku cuba berpaling untuk melihatt....bag!?...Aku tau aku di mana!...aku tau!...Jantung aku mula perlahan..dan perlahan..."Makk!!!...Akakkk!!!!....aku terdengar jeritann itu bertalu2...Aku mendongak ke atas..Aku nampak cahaya bergerak2...suara itu makin jelass...Lampu suluhh!yaa...lampu suluhh....Aku menyahut pangilann tu,walaupun lemahh...Aku cuba untuk mengerakkan tangan aku,sakitt...Aku gerakkan jari2 aku,sakit tp masih boleh mengengam.Bagus!tak patah..Mungkin hanya tergeliat atau dislocate...Takpa,elok lagi dr patah..syukurr...




Aku masih mencuba untuk bangun tapi tak berjaya.Bag ni aku rasakan terlalu berat..Aku terdengar derap kasut menuju ke arah aku..Malin n Jimie..Aku lepaskan clip bag,Malin mengalihkannya dan hulurkan kepada Jimie.Aku cuba bangun sekali lagi...berjaya!Pening...terasa berpusing sekeliling aku,aku duduk kembali.Jaja tiba tidak lama kemudian...Aku periksa setiap inci badan aku,mana la tau klau ada kecederaan lain....Nampaknya hanya tangan kiri je yg teruk.Calar balar pun xda...Syukurr..

Kami mendaki semula ke atas..Berehat seketika di dlm van sambil memikirkan tindakan selanjutnya.Setelah lebih kurang 10 minit,kami pun bertolak ke hospital Kuala Kubu Baru.Mendaftar,di periksa,x-ray...sah dislocate.Setelah di suntik ubat tidur untuk kali kedua(yg pertama tak memberi kesan langsung dan menyebabkan Jaja berlari ke dlm bilik x-ray(setelah diberitahu oleh adik yg aku ni x'makan' klau sekali suntik) setelah aku menjerit menahan sakit apabila tangan aku di tarik dalam sedar.. ),aku terasa tangan ku di tarik lagi.Kali ni tanpa rasa sakit,tidak seperti kali pertama.Mata ku rasa berat...............




Aku terasa seperti tangan ku di angkat,di balut..Aku buka mata..arghh...silauu...sakitt..."Eh!Dah bangun dia ni!!Laaa...degil betul badan dia ni.Tak makan ubat langsung.."kata salah sorang dr pembantu doktor (hencem gakk mamat ni...)Aku tunggu sehingga mereka selesaii membalut tgn aku...aku tidur semula.Bila aku terjaga,tiada siapa lagi di situ.Entah berapa lama aku terlena aku x pasti.5 min selepas itu,aku berjalan keluar dr bilik x-ray,menuju ke katil di ruang pemeriksaan.Kerusi roda yg di hulurkan aku tolak dgn baik."Takpa,saya bleh jalan.Terima kasih"kata ku..(masih lagi mamat hencem tu).Tak lama kemudian Jaja tiba dengan Malin.Kami berehat di motel tak jauh dr hospital.Kesian,semua kepenatan kerana tak cukup tido.Aku membersihkan diri,di bantu oleh Adik.Adehhh!seksanya...Nak mandi pun payah!



Selepas mengalas perut tgh hari tu,kami memutuskan untuk ke Bukit Frazer.Sayang pula kalau terus balik,kesian kat kawan2.Dalam perjalanan kami singah di tempat aku jatuh untuk mencari cermin mata aku.Pada mulanya aku menolak untuk turun dr van tp setelah di panggil beberapa kali oleh kawan2 aku pun memberanikan diri untuk turut serta.Aku,Adik,Jaja n Yana menanti di tebing sementara Malin n Jimie turun mencari.Malin menunjukkan tempat dimana aku terdampar..MasyaAllah...sedikit saja lagi...Aku hanya di pisahkan oleh 2 batang pokok sahaja dr batu2 n sungai yg deras..!Syukur Ya Allah,..aku masih disini...masih lagi bernafas..Tak lama selepas itu,kami meneruskan semula perjalanan.Berkelah di Bukit Frazer sambil panggang ayam,grg sosej n minum kopi..Slurrrppp...!!!Sebelum pulang kami sempat bersiar2 dahulu dan mengambil gambar.Alhamdulillah...kami selamat sampai di rumah masing2.