Tuesday, May 20, 2008

Yang Mana Satu Pilihan Anda...

Anda tension dengan boss anda?Ingin berenti kerja?Mempunyai masalah untuk membuat surat?Mungkin contoh2 ini dapat membantu anda...

Contoh Pertama - Surat Berenti 24 jam..

Contoh Kedua - Separa Formal

Contoh Ketiga - Formal?

Contoh Keempat - Erkkkk....


Mana satu pilihan anda???....




Sunday, May 11, 2008

Hanya Kau Yang Mampu


Ku cuba redakan relung hati
Bayangmu yang berlalu pergi
Terlukis didalam kenangan
Bebas bermain di hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi dalam hatiku

Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Cerita tentang masa lalu
Cerita tentang kau dan aku
Kini tinggal hanya kenangan
Kau abadi dalam hatiku

Chorus 2
Harusnya takkan ku biarkan engkau pergi
Membuat ku terpuruk rasa ingin mati
Derita yang mendera kapan akan berakhir
Hanya engkau yang mampu taklukkan hatiku

Aku cinta ooo.(4x)


Wednesday, May 07, 2008

Kenyir Part 5- Realiti dan Misteri (Final)

Realiti

Kaki jet tercedera semasa mandi manda di jeram kerana terpijak batu2 tajam..Sian jet terpaksa menahan sakit sepanjang perjalanan pulang..


Misteri

Hingga ke saat ini aku masih tak tau ni kaki sapa..!! Wehh!! Baik mengaku weh ni kaki sapa..!!

Kepada mereka yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan tuan punya kaki ini sila maklumkan kepada saya secepat mungkin..Kerjasama anda amatlah dihargai..Terima kasih.


Nota kaki->Nuts ucapkan berbanyak2 terima kasik kepada kawan2 yang sudi menjemput nuts bagi menyertai kembara kenyir ini.Terima kasih yang tak terhingga juga di ucapkan kepada pihak penganjur di atas susah payah anda terutama skali bagi menjayakan program ini.Tak dilupakan juga kepada tuan rumah yang sanggup menerima nuts dah rakan2 walaupun tau yang kedamaian mereka akan tergangu dengan kehadiran kami..Terima kasih juga kepada Ijam yang sudi menumpangkan nuts sepanjang perjalanan pergi dan balik..Thanks luvey..(ermm Tun...wa takda apa2 pun ngan ijam...betulll..percaya lah...(walaupun suka bangat bila tgk dia senyum)..hehehhe) dan yang terakhir sekali terima kasih yang tak terhingga kepada Jeff di atas kesudiannya menjadikan kenderaannya sebagai stor simpanan...(Sian ko Jeff tak dpt nk beli beca tu.Takpa nnt kita pegi KT lagi tuk beli beca tu ya..)Dan kepada mereka2 yang tak dapat Nuts sebutkan namanya disini special thanks to u all.Ur the best!!...




Kenyir Part 4-Terlepas Sangkar



Ini lah jadinya bila dah lama kat dalam hutan...

Erm....mana lagi lauk ni??.Rasanya order banyak tadi..Haaaa!! Dapat dah...tu...tu..ikan yang kat bawah tu...nampak takk???Hehehhe...

Erm....ada lagi yang ilang ni...Lauk apa ya??

La....kat sini rupanya ilang lauk2 tu...heheh


...BURPPPPPPPPPPP!!!!!!!!!


Tuesday, May 06, 2008

Kenyir Part 3-Aktiviti


Bila sebut tasik kenyir pasti ramai yang menyangka memancinglah satu-satunya aktiviti yang ada di sana namun sebenarnya tidak.Banyak lagi aktiviti2 yang boleh di lakukan sekiranya kita berkunjung ke tasik kenyir ni.Kepada mereka2 yang bukan kaki pancing tidak perlu la risau akan merasa bosan bila berada di sana.


Inilah sebahagian daripada aktiviti2 yang boleh dilakukan disana..

Memancing tentunya berada didlm tangga teratas senarai aktiviti.Kalau tak memancing mesti tak sah kan jadi inilah sebahagian dari hasil tangkapan..Sedap sangat dapat makan ikan fresh ni..rasa mcm nak pegi lagi jee..


Makan juga adalah antara aktiviti2 penting yang ada di kenyir ni.Dah dapat ikan kalau takda yang makan susah jugak kan.Membazir pulak nanti.Jadi ini la rupanya ikan2 tu bila dah digoreng..Masing2 dah mcm piranah je dpt makan ikan fresh..hehhehe


Aktiviti ini adalah antara aktiviti yang menjadi kegemaran ramai.Setelah penat memancing,mandi jeram dan memasak berurut tentu saja dapat melegakan dan merehatkan badan.Bagi mereka yang tidak tahan sakit semasa diurut,anda tidak perlu risau dan ragu2 jika ingin menjerit sekuat hati anda kerana tiada siapa yang akan menghalang anda dari melakukannya.


Bagi mereka yang tidak gemar memancing,mandi manda di sungai atau jeram adalah aktiviti yang paling sesuai untuk anda.(Bagi yang gemar memancing juga tidak seharusnya melepaskan peluang memancing di jeram.Lubuk2 ikan sentiasa menanti anda)Melihatkan airnya yang jernih saya pasti peluang ini tidak akan anda lepaskan.Selain mandi sungai/jeram aktiviti ini juga amat sesuai dilakukan,membina 'tugu' daripada batu2 sungai..




Monday, May 05, 2008

Kenyir Part 2-Persiapan dan Perlaksanaan


Seperti biasa setiap perjalanan memerlukan persiapan yang rapi tak kira dekat mahu pun jauh.Selain daripada memeriksa kenderaan,pakaian yang mencukupi,barang-barang keperluan diri dan ubat-ubatan, makanan juga amat penting.Bekalan makanan yang mencukupi diperlukan supaya kita mendapat cukup tenaga untuk melakukan aktiviti2 yang telah diatur.

Ini lah bekalan makanan kami selama berada di kenyir..(Aku nk bawak lari beskal tu tapi tuan umah dah nampak plak...kantoi..)

Bekalan makanan yang cukup masih tidak mencukupi untuk membawa kita ke destinasi.Kita juga memerlukan kenderaan yang berada dalam keadaan baik dan pemandu yang berhemah.Perjalanan yang jauh seperti ini memerlukan seorang pemandu yang tahan lasak,cekap,peka dah jiwa yang kental..(erm...tiba2 je aku menghargai ijam...tq ijam)

Jangan anda semua tertipu dengan seliparnya yang berbunga2 indah dah kakinya yang comel itu.Ini lah dia kaki seorang pemandu yang berhemah(namun beliau mempunyai ciri2 perempit yang berjaya juga hehheh)

Haaa!....Bahagian ni penting...Anda memerlukan pembantu dan tukang masak yang berhati waja, yang tak gayat untuk membantu dan masak dlm bot semasa dia bergerak..Hehehehe...


Pemandu bot yang cekap juga amat penting untuk memastikan perjalanan kita berjalan lancar.Memandangkan banyak tunggul2 kayu di sekitar kawasan tasik itu pemandu bot harus berhati2 memilih laluan.Terima kasih yang tak terhingga kepada pemandu bot kami Budin@Budingg yang membawa kami pergi dah balik dengan selamatnya.


Krew2 bot sedang berbincang di mana lagi tempat yang sesuai untuk 'parking' bot memandangkan banyak tempat2 yang sesuai telah di ambil oleh bot2 yang lain.






Saturday, May 03, 2008

Kenyir part 1-Menuju Destinasi...

Ini lah destinasi ku kali ini...

Bukan aku tidak menyayangi mu
Kau tetap di hati saban waktu
Keriuhan mu ku tinggalkan hanya sementara
Untuk mencari ketenangan di jiwa
Kedamaian yang ku cari nun jauh di sana
Keindahan yang di janji mengamit jiwa...