Friday, March 07, 2008

Gunung Chamah Kelantan

Ok!Sapa dah siap leh posing ya....

3 jam dlm ni...erm..

Orang Asli at Kg Penat

Kg Dangdut

Trek like this fr 3hr!..wa...wa...nk balik...!

Bob yg kepenatan...Go!Bob...U can do it!..

At last smpai gak kat Kg Sungai Rekom.Walau pun terpaksa berjalan dlm panas dan hujan selama lebih 2jam kerana 4x4 yg kami naiki mengalami sedikit masalah.

Sometimes it's nice to have male asst in the kitchen n jgn tak percaya tok batin dr 2 kampung siap dah book yg baju kuning tu nk buat menantu...hehhe

Erm....apsal beg aku berat ni....!

1st time beg aku penuh giler smpi lebih kepala!Nk mendongak pun seksa...

Sungai yg cantik,airnya jernih tapi mereka yg berkulit memerang je yg berani mandi kat sini..hehhehe..Kenapa?Walau pun di bawah terikan mentari yg menyinar...airnya masih lagi sejuk seperti ais!...Ada berani ka??...hehe

Erm...apsal dorang mcm nk pengsan ni...??

Sapa kata masuk utan tak leh makan sedap2..Buktinya..ayam masak lada hitam..nyumm...nyummmm....

Rumah tumpangan Ah Sham di puncak Chamah..

Jual!Jual!Sapa nak beli....!!

Bila anda jumpa tong ni,itu tandanya anda berada di puncak gunung Chamah.

At Kg Sg Rekom with Tok Sidang n anak tok batin.

Mari skodeng kad dia....hehhe....

Serius....Focus! Focus!..Ini la cara paling bagus untuk menghabiskan masa dlm keretapi selain dari tido...hehhe




Tuesday, March 04, 2008

Gunung Perdah,Jasah dan Berembun Cameron Highland

Naik gunung lagi??....hehheheh....kali ni ke Cameron plak..Matlamatnya nak naik Gunung Perdah dan Jasah sahaja tapi memandangkan kami dapat menjayakannya dalam masa yang singkat maka kami membuat keputusan untuk mendaki Gunung Berembun pula pada petangnya selepas makan tengahari.3 gunung dalam satu hari!!Heheheh...

mat bunga...single lagi ni klau ada yg berkenan...

bergambar adalah penting,tak kira di mana anda berada.walau pun di celah semak samun..hehhehe

on e way 2 jasah

milo new model..


smile...at puncak jasah

at puncak perdah.panas gilerssss....!

main sorok2 ke or ada org lepaskan angin ni...?

Gunung Perdah dan Jasah tidak la sukar untuk di daki.Ia antara gunung di dlm kategori santai..Hanya mengambil masa 4jam max pergi balik bagi kedua gunung itu.Gunung Berembun juga berada dlm kategori santai namun sedikit sukar dari gunung perdah dan jasah.Trek paling sukar adalah sebelum sampai ke puncaknya kerana pendaki harus mendaki dlm 5-10min dlm ketegakan 75-80 darjah!Semput gak la nak sampai puncak...hehhe...Ianya mengambil masa max 3jam untuk pergi balik.

nk bergambar punya pasal,panjat pokok pun sanggup...hehe

apa la dosa papan tanda tu smpi di conteng begini...

at puncak gunung berembun

bergambar lagi sebelum pulang..

Erm....apa nak buat minggu ni ya...?Oh!Hampir lupa lak...hehheh...Selamat Mengundi Kepada Semua...

Thursday, January 24, 2008

Gunung Chamah-Gunung Ulu Sepat


Ini la peta perjalanan ke Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat.Gunung Chamah dan Gunung Ulu Sepat merupakan antara gunung dalam kategori G7 iaitu 7 gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia dengan ketinggian lebih dari 7000 kaki. Kedua-dua gunung ini kebiasaannya didaki sekali gus memandangkan ada beberapa checkpoint yang sama akan dilalui.(bergantung dari jalan masuk yang dipilih)

Pendaki boleh membuat route sendiri berdasarkan checkpoint yang ada. Kebiasaannya pendaki akan masuk ke kawasan hutan dari Lasah, Sg. Siput(Kg Lerlar) dan kini alternatifnya dari Gua Musang(Pos Simpoh).

p/s.....terima kasih kepada kawan2 yang mendoakan aku kerana akhirnya AKU DAPAT PEGI CUS!!!hehehe.....YAAAAHHOOOOOO!!!!!


Wednesday, January 16, 2008

Chamah Ulu Sepat(Kelantan-Perak)

Adeh tension aku!...Aku nk pegi trip ni..Tapi aku tak leh pegi...Tapi aku nk pegi...Tolong la aku....Nak pegi!!!Nak pegi!!!!Nak pegi!!!Tak suke!Tak suke!Tak suke!....Penat je aku training siang malam nk pegi trip ni punya pasal...hampeh tul la dorang ni...tak kesian kat aku langsung...time ni la nk urgent la nk cpt la...(marah aku ni...siap dah kuar api dr idung lagi ni....bayang kan....)hehehhe....

Tarikh 1hb Feb-6hb Feb..Kepada sesiapa yang berminat sila la hubungi saya secepat mungkin sebelum 25hb jan.Kos RM250 shj,deposit RM100 sebelum 26hb jan.

Tapi korang kawan2 aku yang budiman,..tolong la doa2 kan aku supaya dpt pegi...suh la org yg nk urgent tu tangguh smpi lepas CNY...amin....(dah nk meleleh ayaq mata ni pk tak dpt pegi...wa...wa...wa...)

Thursday, January 10, 2008

Korbu-Gayung 28 Dec-1Jan

Di sini la aku berada sempena menyambut tahun baru...


Indahnya ciptaan Tuhan..

Dia nk main sorok2 tapi nampak gak..hehhe...

Penat punya pasal,pacat melekat pun malas nak buang...

Kasut Superman

Antara seksa yang menanti di hari pertama..

Merentasi sungai ke 2..Sapa kata penat tak leh posing!Hehehhe

Smileeeeeeeee!

Huh!Pantang nmpak camera!...

Berenti tuk makan tengahari

Pemandangan Bandar Ipon di waktu siang dr Kem View.

Di Kem View sebelum ke puncak korbu.

Bob..pembakar semangat kepada semua..Caya la bob...!!!

Mendaki mengunakan tali untuk sampai ke bonzai tonggek.

Posing dulu seblum turun dr puncak korbu

Waaa...!Tak sabarnya tuk next trip!..Lambat tul bulan 2.

Gunung Gayong antara gunung dlm kumpulan G7

Lost in Hong Kong?Erm....

Ish!Dia ni bergambo ke buang angin ni..Lain mcm je posing..

Erm...Mcm nk naik lagi je...hehhehe...

Di kem Sg Senooi

Thursday, January 03, 2008

Happy Bday

Salam ulang tahun kepada diri ku sendiri...Heheheh...Nk tunggu org wish lambat sgt so aku wish la sendri...hahhaha.....

Wednesday, December 12, 2007

Kerana Itik..


Ishh...bengang betul aku..Aku dah tak leh nak buat benda lain lagi..Asyik ingat kat itik je...Dah la kena jaga itik,kena bagi makan,kena kutip telur..Semua tu nak kena buat cepat2 pulak tu..Dah penat2 aku kejar itik tu,kena jaga kambing pulak..lembu lagi...Adehh!!...Letih aku berkejar kesana sini..Nasib la ada kucing seekor ni,terubat gak la penat tu dengan keletahnya..Pandai betul kucing ini...Membantu aku kutip telo itik,kutip bulu kambing,kutip susu lembu..

Dah 3-4 hari aku tido lambat gara2 itik ni..Bangun tido je terus jenguk itik,..sambil makan pun masih fikirkan itik tu..Jahat betul itik itu!..Aku cuba nak lupakan itik itu lalu ke dapur untuk memasak tapi usaha aku tak berjaya..Tengah aku berfikir2 nak masak apa,tiba2 teringat pada itik panggang.Alangkah sedapnya,slurrrppppp!!..Terliur aku memikirkannya...Hampeh punya itik!!!Arrgh..!!! Tolong lah aku..Fikiran dan minda aku dah di kawal olehh itik...Itikk Jahatt!!!


Ini lah ladang ternakan itik itu...


Wednesday, November 07, 2007

Teka-teki

Minggu lepas masa dok lepak 'mengeteh' ngan kawan2, sorang kawan aku ni mula la sesi teka-teki dia seperti biasa...Jenuh la aku n kawan2 memerah otak d malam ari...So tu minggu lepas...Apa kata korang lak perah otak kali ni...hehhehe

Soklan pertama:-

Sapa kentut paling kuat?Lelaki atau perempuan?N sebabnya...

Soklan kedua:-

Tembak kat lantai kene kat hidung..Apa dia?

Ok...kita sambung lagi selepas soklan di atas terjawap...hehhe...


Thursday, October 25, 2007

Bosan.....

Entah kenapa aku bosan yang amat sangat.Sejak dr semlm lagi...Bosan yang tak dapat di bendung...Rasa mcm nk pecah pala ni....Arghhhhhhhhhhhh!!! Bosan n tension!!!!!! Aku tension sbb........napa la dia buat aku mcm ni....Apa salah aku????....Tak cukup ke apa yg aku buat selama ni...??? Kenapa??????

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya

Buat sahabat handai,teman-teman,rakan taulan...Kacc ingin memohon maaf kiranya ada terkasar bahasa tersilap kata sepanjang perkenalan ini..Semoga syawal yg bakal menjelang tiba ini akan membawa seribu keceriaan kepada semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, August 26, 2007

Friday, August 24, 2007

Kenangan..

With Msian Friends

Bila tgk gambar ni,..teringat kembali aku masa zaman dulu-dulu..Ialah,masa zaman muda-muda dulu..(skarang pun muda lagi..hehehe)...Banyak kenangan yang tak dapat di lupakan...Kenangan pahit..manis..masam..kelat..semua la..dan...pengalaman tinggal di rantau org juga telah memberikan aku satu pengajaran yang tak ternilai harganya...Mengajar aku makna dan erti sebenar sebuah persahabatan...Mengajar aku siapa sebenar kawan..siapa sebenar lawan...Erm...ok la tak nk la ceta pasal sedih-sedih dulu..hehehhe (sememangnya jika diri dikhianati seseorang yang dianggap kawan sesuatu yang menyedihkan bukan?)..

With friends n family

Gambar ini di ambil semasa majlis perkahwinan sahabat karib kacc.Dua minggu sebelum majlis tu kacc punya la risau,...bukan sebab dia nk kawin tapi sebab tak tau nak pakai baju apa masa majlis tu nanti...hehehhehhe...Maklum la...,ini lah pertama kali kacc menghadiri majlis perkahwinan seperti ini.Kacc pulak yang gementar....Ada terfikir nak pakai saja baju kebaya yang kacc bawa masa pergi sana dulu,tapi sayang niat tu terpaksa di batalkan..Baju tu sudah tak sesuai tuk kacc pakai,..bukan apa..'gedoboh' kata orang...heheh..Dah macam baju pinjam,besar sgt!..Kacc dah berjaya kurangkan sedikit berat badan sebenarnya...hehehe..


Me n Rose

Fr my friend rose if ur reading this...Thank you so much fr everything..Thanks fr sending me this lovely pic...Really miss u babe..Cant wait 2 c u!...If u cummin back fr eid,dont forget our big mission ya....hehhehe...XXXX

Rose n Paul


Tuesday, July 03, 2007

Maafkan Aku


"Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yang ku mahu
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara"

"Di dekat engkau aku tenang
Sendu mata mu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita"....
.....................................................................

Maafkan aku kawan...
Maafkan aku teman...
Maafkan aku sahabat...
Maafkan aku sayang...
Maafkan aku...

Maafkan aku jika senyuman ikhlas ku ini membawa duka...
Maafkan aku jika hilai tawa ku ini mengundang air mata...
Maafkan aku jika ketulusan hati ku ini mengundang bencana...
Maafkan aku...
Maafkan aku.......
Maafkan aku.........



Sunday, July 01, 2007

Al-Fatihah

Takziah dia ucapkan kepada Jet...

...moga di cucuri rahmat hendaknya ke atas roh datuk jet dan salam takziah dari kacc sekeluarga...

Friday, June 29, 2007

Kenduri Kawin part 2


Berbanyak2 syukur di panjatkan kepada Allah taala kerana memudahkan perjalanan majlis kami.Terima kasih juga kepada saudara mara dah sahabat handai kerana sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis dah berkat doa kalian juga ianya berjalan dgn lancar..Terima kasih..

Fuh!Lega rasanya semuanya dah selesai..Penat tak terkira..Kekok lak rasanya nk memblog semula bila lama dah tak aktif.Hehehe...dahh siap bersawang2,berlengkar2 ular kat dlm ni kan..Ampun maaf di pinta la ya...

Klaau ada yg masih ingat,seblum ni aku ada buat perancangan untuk majlis ni.(sila lihat-kawin dlm bulan april)Perancangan tuk melarikan diri kalau ada terlampau banyak sgt soalan cepumas,heheh...Nampaknya perancangan aku tak la gagal tapi tak la berjaya gak...Sememangnya aku mmg terlampau sibuk pada hari tu...Nak bersembang mmg tak sempat..Tapi dalam tak sempat tu,ada gakk yg sempat tahan aku hanya tuk tanya soklan cepumas tu.Hampeh tul!..

Terima kasih kpd Df &Zzz,Shaark&family,Adyn n Airul kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis.

Sharina & Nazly

Sempat la jugak nk berposing lepas kenduri..hehhe..

Ni kawan nide n kawan aku gak..Dtg ngan wife n adik ipar n family lagi..Nide je yg x sudi dtg..(majuk ni nide..heheh)

Comei tak?Ni la anak2 shaark..Comei mcm mak dia gak...heheh..

Anak buah aku yg tak reti tak senyum kalau nmpk camera.

Ni masa nikah.Org semua pakai lawa2,cantik2,aku duk la tepi periuk,masak.Ni tgh bincang,sapa la yg dpt tong gas tu nnt lepas kenduri,ehhehe.

Tuesday, May 15, 2007

Siapa Sebenarnya...


Aku mintak maap la sbb dah lama tak update blog ni..Kesibukan yang melanda kebelakangan ini,membantutkan keinginan dan idea aku untuk memblog.Kepada rakan2 yg tidak jemu2 mengingatkan aku supaya menyapu laman,membuang sawang..terima kasih diucapkan.

Tarikh keramat tuk adik aku melansungkan hari bahgianya makin hampir..Mama dah Ayah sibuk mengaturkan itu ini untuk memastikan kelancaran majlis nanti.Tak kurang juga dengan aku,sibuk la kehulu kehilir.Namun apa yang terjadi kebelakangan ini membuatkan aku berfikir...siapa sebenarnya???...

Soalan2 yang sering aku dengar sejak beberapa bulan yg lalu dan makin kerap beberapa minggu yg lalu dan semakin lancar beberapa hari yg lalu dan juga sbb2 mengapa aku sibuk..(berapa banyak dan la mau letakk...hehehhe...)....

Pesanan penaja--"Ngah.. dah buat tempahan kat catering ke?Jgn lupa nk buat puding separuh dan buah separuh.Ayam tu masak bla..bla bla..daging tu bla bla bla..tambah kuah bla bla bla..nak tu..nk ni...buat tu skali...nk ni sama..."
Tindakan penaja--Sambung chat ngan main game..
Aku--Jumpo la makcik catering tu tuk membuat tempahan....

Pesanan penaja--"Ngah..Ko dah buat ke menu makan untuk lepas nikah?Jangan lupa tuk tahlil sekali.Pikir la cepat.. Ko nak masak apa sebenarnya"?...
Tindakan penaja--Masih lagi sibuk chat dan main game..
Aku--Perah otak pk nk masak apa then tanya pendapat mama.Kene pk lak sapa yg sesuai nk bantu aku kat dapo..

Pesanan penaja--"Ngah..Baju ko dah siap ke?Tolong hantarkan kain aku kat tailor,aku tak sempat la nk hantar..Aku nk baju mcm ni...kain mcm ni...zip...bla.. bla..butang.. bla.. bla...Jgn lupa tau!.."
Tindakan penaja--Hulurkan bag kain..kuar..start kete..jalan..
Aku--Terpaksa la tungu mak aku balik baru ada kete...

Pesanan penaja--"Ngah!Carikan kompang.Dapat nnt ko kompomkan trus.Jangan lupa kasi atucara majlis sekali"..
Tindakan penaja--Main game...chat...tido...
Aku--Bergayut kat telipon cari budak kompang.

Pesanan penaja--"Ngah!Ko dah tempah bunga pahar?Berapa banyak?..Telo berapa banyak?Budak2?Jangan lupa tempah kek sekali ngan bekas"..
Tindakan penaja--Fuhhyooo!!Ada game baru la...
Aku--Ermm..bunga pahar kali dua.bla bla..campor..bunga telo...bla bla..budak2 mungkin dlm banyak ni..ermm...kek banyak ni...

Pesanan penaja--"Ngah!Hujung minggu ni ko teman mama balik kg.Nak ambil barang lagi..nk hantar kad lagi..Aku sibuk la tak leh nk pegi skali"..
Tindakan penaja--Lepak tgk tv...siap2 nk kuar..
Aku--Teman mama balik kg dengan ati membara sbb adik aku sms dia tgh tgk wayang!

So siapa sebenarnya yg nk kawin ni???Semua tanya aku...semua aku buat...yg nk kawin lexx je main game...Hangin satu badannn...!!!!!

p/s->walaupun mcm tu aku ikhlas tulun tu just kekadang tension je...hehehhe...semoga mereka berbahagia sehingga akhir hayat.aminnn