Setiap kali anda bercerita tentang hobi anda kepada kawan2 anda,apakah maklum balas yang anda terima dari mereka?Hobi aku??....
Aku suka camping,hiking,jungle trekking dan apa saja yang seangkatan dengannya..Nikmatnya apabila berada di samping alam semulajadi...Pokok2 yang menghijau,air yang mengalir tenang..nyaman dan menyegarkan,bau tanah yang segar,unggas bersahut-sahutan..sungguh nikmat...Sesuatu yang tidak dapat di gambarkan dengan kata2 sahaja....Aku juga sukakan cabaran.Cabaran dan halangan yang menanti sepanjang perjalanan,dari point A ke point B atau mungkin juga ke point C..Cabaran yang bukan saja menguji fizikal tetapi juga mental.Tak dapat nak aku bayangkan atau gambarkan kepuasan yang dikecapi....tetapi aku puas...Apatah lagi bila sampai ke destinasi..Yup!...aku puas...
Namun bukan semua orang melihatnya dari persepsi yang sama kan...?...Ini sebahagian dari yang selalu aku terima setiap kali aku bercerita tentang hobi...
- Campingg!!! Tido dalam hutan!! Ko giler??
- Tido dlm khemah ngan sleeping bag je..?Takpa la,..aku tido kat umah lagi baik...
- Semak!! Sungai!! (fr 'the business') Errkk.....Tandas takda ke?...
- Bag besar tu nak kene bawak!!??...Ko nak bunuh diri ke??
- Brapa lama nak sampai? What!!!! 8 jam? 2 hari? Jalan kaki? GILERR...!!!
Walau apa pun tindak balas yang diberi,aku terima...Adakalanya bila merenung kembali reaksi mereka, membuatkan aku tersenyum dah tertawa sendirian...
Ini ekspedisi ke Gunung Korbu di Perak.Perjalanannya mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan ketinggian 7162 kaki (G7).
Perjalanan di mulakan dengan menaiki 4x4 yang mengambil masa lebih kurang 45 min-1 jam merentasi perkampungan orang asli dan kebun kelapa sawit.Menjimatkan beberapa jam dari berjalan kaki.
Sebahagian dari jejaka2 hensem se malaya.
Sebahagian dari cabaran hari pertama.Berjalan meredah semak,pokok n buluh tumbang.
Berehat seketika.Penatt sehhh....
Berhenti untuk makan tengahari di sini,Kem Pangkin.Menu of the day MAGGI..hehehe...Semua pun dah penat so malas nak masak.Makanan sampingan,bubur pagi tadi n biskut tiger.
Tidak di galakkan untuk berhenti lama disini kerana banyak penyengat..
Tidak di galakkan untuk berhenti lama disini kerana banyak penyengat..
Kem site yang pertama.Masak tuk makan malam setelah selesai mendirikan khemah.Masa yang di ambil untuk sampai,8-9 jam.Fuhhh!!....Menu untuk makan malam,nasi..kari ayam...telur dadar...telur masin....sayur campur n kicap.hehhe
Last water point seblum sampai ke puncak.Berhenti tuk ambil air, mandi(sejuk yang amat walau pun dah tgh hari) dan makan tengah hari. Seperti biasa menunya MAGGI.
Berehat seketika setelah penat mendaki dan meredah hujan.Memang sekejap pun,baru nak relex sambil meregangkan urat kabus dan angin sampai.Sejuk yang teramat...di bantu dengan baju yang lencun lagi la........gerrrrrrr
Berjaya tiba di puncak setelah berjalan lebih kurang 10-11 jam.Memasang khemah n masak tuk makan malam.Menunya..nasi dan roti arab,kari kambing,sayur pucuk dgn kentang dan telur masin.
Pemandangan Ipoh dari puncak Korbu.
Bergambar kenang-kenangan...Bila lagi....