Tuesday, February 13, 2007

Hobi


Setiap kali anda bercerita tentang hobi anda kepada kawan2 anda,apakah maklum balas yang anda terima dari mereka?Hobi aku??....


Aku suka camping,hiking,jungle trekking dan apa saja yang seangkatan dengannya..Nikmatnya apabila berada di samping alam semulajadi...Pokok2 yang menghijau,air yang mengalir tenang..nyaman dan menyegarkan,bau tanah yang segar,unggas bersahut-sahutan..sungguh nikmat...Sesuatu yang tidak dapat di gambarkan dengan kata2 sahaja....Aku juga sukakan cabaran.Cabaran dan halangan yang menanti sepanjang perjalanan,dari point A ke point B atau mungkin juga ke point C..Cabaran yang bukan saja menguji fizikal tetapi juga mental.Tak dapat nak aku bayangkan atau gambarkan kepuasan yang dikecapi....tetapi aku puas...Apatah lagi bila sampai ke destinasi..Yup!...aku puas...

Namun bukan semua orang melihatnya dari persepsi yang sama kan...?...Ini sebahagian dari yang selalu aku terima setiap kali aku bercerita tentang hobi...

  • Campingg!!! Tido dalam hutan!! Ko giler??
  • Tido dlm khemah ngan sleeping bag je..?Takpa la,..aku tido kat umah lagi baik...
  • Semak!! Sungai!! (fr 'the business') Errkk.....Tandas takda ke?...
  • Bag besar tu nak kene bawak!!??...Ko nak bunuh diri ke??
  • Brapa lama nak sampai? What!!!! 8 jam? 2 hari? Jalan kaki? GILERR...!!!

Walau apa pun tindak balas yang diberi,aku terima...Adakalanya bila merenung kembali reaksi mereka, membuatkan aku tersenyum dah tertawa sendirian...


Ini ekspedisi ke Gunung Korbu di Perak.Perjalanannya mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan ketinggian 7162 kaki (G7).


Perjalanan di mulakan dengan menaiki 4x4 yang mengambil masa lebih kurang 45 min-1 jam merentasi perkampungan orang asli dan kebun kelapa sawit.Menjimatkan beberapa jam dari berjalan kaki.

Masak bubur n air teh untuk sarapan pagi sambil menanti kumpulan kedua.

Sebahagian dari jejaka2 hensem se malaya.

Sebahagian dari cabaran hari pertama.Berjalan meredah semak,pokok n buluh tumbang.



Berehat seketika.Penatt sehhh....


Berhenti untuk makan tengahari di sini,Kem Pangkin.Menu of the day MAGGI..hehehe...Semua pun dah penat so malas nak masak.Makanan sampingan,bubur pagi tadi n biskut tiger.

Tidak di galakkan untuk berhenti lama disini kerana banyak penyengat..

Kem site yang pertama.Masak tuk makan malam setelah selesai mendirikan khemah.Masa yang di ambil untuk sampai,8-9 jam.Fuhhh!!....Menu untuk makan malam,nasi..kari ayam...telur dadar...telur masin....sayur campur n kicap.hehhe

Bersiap untuk meneruskan perjalanan selepas sarapan pagi.Menu..jemput2@cekodok dan roti.

Acara wajib, senaman n doa.

Berposing dulu sebelum meneruskan perjalanan pada hari yang kedua.

Last water point seblum sampai ke puncak.Berhenti tuk ambil air, mandi(sejuk yang amat walau pun dah tgh hari) dan makan tengah hari. Seperti biasa menunya MAGGI.

Berehat seketika setelah penat mendaki dan meredah hujan.Memang sekejap pun,baru nak relex sambil meregangkan urat kabus dan angin sampai.Sejuk yang teramat...di bantu dengan baju yang lencun lagi la........gerrrrrrr

Berjaya tiba di puncak setelah berjalan lebih kurang 10-11 jam.Memasang khemah n masak tuk makan malam.Menunya..nasi dan roti arab,kari kambing,sayur pucuk dgn kentang dan telur masin.

Pemandangan Ipoh dari puncak Korbu.

Bergambar kenang-kenangan...Bila lagi....



Pompuan? Ini je yang ada....hehheh

Gambar dari permatang ke permatang
Panjattt...jgn tak panjatt....

Looks Spooky tapi ini lah antara pemandangan dah tempat paling menarik sepanjang perjalanan ini.Lumut2 hijau seperti karpet dan dihiasi dengan periuk2 kera yang comel menjalar sepanjang laluan...

Antara pemandangan yg indah sepanjang perjalanan di permatang pada hari kedua dah ketiga.

Hari terakhir.Berendam sepuas hati sambil menunggu ketibaan 4x4.

Alhamdulillah....Selamat sampai.


Whats urs?

12 comments:

Izariza said...

Cang,

Dapat dibayangkan wajah gembira bila akhirnya ketemu juga link untuk komen ek .. Sape la yang tulun tu ye :D

Nak bagi tambah gembira .. meh sini iza jadi pelopor.

Hobby cang memang beza tiga ratus enam puluh darjah dari iza punya. Manjat bukit tidak pernah masuk dalam senarai. Apatah lagi nak tidur dalam khemah (dalam kelambu pernah le hihi)

Kita lagi suka shopping. Lega sungguh! :D

Nuts@Kacc said...

iza...

tq sbb tolong..hehhe lain kali bleh tolong lagi ya..

mmg tak ramai yg suka hiking ni..lagi2 perempuan..rimas katanya...hehhe..semua ada minat masing kan..

m i n e r a l . . . said...

sy suka hiking, camping, walaupun smakin boroi, stamina semakin tiada, minat yg pernah dipupuk sejak sek menengah itu tidak pernah padam heheheh...

kadang kala nk lepas gian pasang kemah depan rumah, buat-buat macam nk cuci kemah, lepas tu dok dlm kemah baca buku hahahahahah.

ermm sy juga pernah terima persepsi yg sama apabila ajak kengkawan baru utk hiking... ehehhe plg best tgk reaksi mereka yg br pertama kali... tp sy juga byk lakukan kesilapan bila hiking :) degil jejejee....

teruskan penjelajahan dan pendakian, moga menemui kepuasan dan kenikmatan yg total dr ilahi. aminnnnn

m i n e r a l . . . said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Izariza said...

ehh... rasanya ada pembetulanlah .. semalam lepas belek buku matematik tingkatan satu, baru perasan ~ kalau buat pusingan tiga ratus enam puluh darjah, kita akan kembali pada titik yang sama.

nota:
untuk mendapatkan titik yang paradoks, pusingan yang dibenarkan hanya seratus lapan puluh sahaja.

sekian, terima kasih.. wehehehehek

Nuts@Kacc said...

tun,..

pasang khemah depan umah ya..hehheh...masa sekolah dulu kalau tak bleh nk pegi camping,mcm tu la nut protes..hehehe...sampai la mak kasi pegi baru bukak khemah tu..hehhe .stamina tu boleh dibina..luangkan la sedikit masa...tp pp tu kasi mantain ya...hehheh

p/s~~thanks fr ur pray..aminnnnnn.

iza,..

terpk juga...kalau la 360 darjah...kita akan berkongsi minat yg sama la...hehhe...

Bunga Rampai said...

Salam kenal, salam ukhuwah di alam maya :)

Terima kasih mengunjungi blog saya tempoh hari, amat menghargainnya.

Pastinya saya akan legar-legar di sini lagi kerana punya minat yang sama seperti kacc :)

Meredah hutan, merentas sungai, mendaki bukit dan berkhemah ... satu aktiviti mendekatkan kita kepada keajaiban alam semulajadi :)

Dah cuba Perlis ... hutan simpan dengan segala macam trailnya, cukup menarik!

Nuts@Kacc said...

bunga rampai,..

terima kasih atas kunjungan balas ini..amat menghargainya..

perlis..x sempat lagi nak menerokainya..6 bulan di sana tapi hanya sempat menikmati keindahan gua kelam dan makan laksa tepi pantai sahaja.selebihnya sibuk ulang alik ke hospital dan mencari bomoh kerana peserta kursus kene sampuk hantu siam...hehheh...

nanies said...

salam kacc..ohh anda lah kacc..jet tercari2 sape kacc nie...thanks komen kat blog jet hari tu...ermm jet pun suka gak aktiviti nie, dulu jet pun rajin gak settai aktivit camnie..skrng jet tak leh lagi dah..sejak jet buat operation lutut jet..apa pun jet mmg sokong aktivit camni..nak2 tngok gambar2 yg kacc letak tuu...aduhaiii..best nya.....ok kacc semoga terus sukses..salamm

Nuts@Kacc said...

nanies,..

jumpa gak tempat persingahan kacc ya..hehhe...thanks sudi singah disini...pada kacc aktiviti ni mcm berantu skit..kalau lama x masuk mula la x senang duduk..ni pun dah gelisah sbb dah 3 bulan x pergi mana2..tangan x baik lagi..thanks again...

merapuman said...

Hello, thanks for visting my blog. I'm returning the favor. Saya dah pernah pergi ke Korbu, dulu-dulu, sekarang dah tak larat dah. I remembered the last water point, air kubang badak. and kat kawasn yang byk lumut tu, kitorang belasah je minum dari air perahan lumut tu. and sunagi masa on the way tu air dia jernih gila kan. what's the name of the other puncak tu, i tak ingat la.

Nuts@Kacc said...

merapuman,..
kalau tak silap tu gunung gayong..x jauh dr korbu about 2-4 hrs dr puncak korbu.