Wednesday, December 12, 2007

Kerana Itik..


Ishh...bengang betul aku..Aku dah tak leh nak buat benda lain lagi..Asyik ingat kat itik je...Dah la kena jaga itik,kena bagi makan,kena kutip telur..Semua tu nak kena buat cepat2 pulak tu..Dah penat2 aku kejar itik tu,kena jaga kambing pulak..lembu lagi...Adehh!!...Letih aku berkejar kesana sini..Nasib la ada kucing seekor ni,terubat gak la penat tu dengan keletahnya..Pandai betul kucing ini...Membantu aku kutip telo itik,kutip bulu kambing,kutip susu lembu..

Dah 3-4 hari aku tido lambat gara2 itik ni..Bangun tido je terus jenguk itik,..sambil makan pun masih fikirkan itik tu..Jahat betul itik itu!..Aku cuba nak lupakan itik itu lalu ke dapur untuk memasak tapi usaha aku tak berjaya..Tengah aku berfikir2 nak masak apa,tiba2 teringat pada itik panggang.Alangkah sedapnya,slurrrppppp!!..Terliur aku memikirkannya...Hampeh punya itik!!!Arrgh..!!! Tolong lah aku..Fikiran dan minda aku dah di kawal olehh itik...Itikk Jahatt!!!


Ini lah ladang ternakan itik itu...


Wednesday, November 07, 2007

Teka-teki

Minggu lepas masa dok lepak 'mengeteh' ngan kawan2, sorang kawan aku ni mula la sesi teka-teki dia seperti biasa...Jenuh la aku n kawan2 memerah otak d malam ari...So tu minggu lepas...Apa kata korang lak perah otak kali ni...hehhehe

Soklan pertama:-

Sapa kentut paling kuat?Lelaki atau perempuan?N sebabnya...

Soklan kedua:-

Tembak kat lantai kene kat hidung..Apa dia?

Ok...kita sambung lagi selepas soklan di atas terjawap...hehhe...


Thursday, October 25, 2007

Bosan.....

Entah kenapa aku bosan yang amat sangat.Sejak dr semlm lagi...Bosan yang tak dapat di bendung...Rasa mcm nk pecah pala ni....Arghhhhhhhhhhhh!!! Bosan n tension!!!!!! Aku tension sbb........napa la dia buat aku mcm ni....Apa salah aku????....Tak cukup ke apa yg aku buat selama ni...??? Kenapa??????

Wednesday, October 10, 2007

Selamat Hari Raya

Buat sahabat handai,teman-teman,rakan taulan...Kacc ingin memohon maaf kiranya ada terkasar bahasa tersilap kata sepanjang perkenalan ini..Semoga syawal yg bakal menjelang tiba ini akan membawa seribu keceriaan kepada semua...

SELAMAT HARI RAYA AIDILFIRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Sunday, August 26, 2007

Friday, August 24, 2007

Kenangan..

With Msian Friends

Bila tgk gambar ni,..teringat kembali aku masa zaman dulu-dulu..Ialah,masa zaman muda-muda dulu..(skarang pun muda lagi..hehehe)...Banyak kenangan yang tak dapat di lupakan...Kenangan pahit..manis..masam..kelat..semua la..dan...pengalaman tinggal di rantau org juga telah memberikan aku satu pengajaran yang tak ternilai harganya...Mengajar aku makna dan erti sebenar sebuah persahabatan...Mengajar aku siapa sebenar kawan..siapa sebenar lawan...Erm...ok la tak nk la ceta pasal sedih-sedih dulu..hehehhe (sememangnya jika diri dikhianati seseorang yang dianggap kawan sesuatu yang menyedihkan bukan?)..

With friends n family

Gambar ini di ambil semasa majlis perkahwinan sahabat karib kacc.Dua minggu sebelum majlis tu kacc punya la risau,...bukan sebab dia nk kawin tapi sebab tak tau nak pakai baju apa masa majlis tu nanti...hehehhehhe...Maklum la...,ini lah pertama kali kacc menghadiri majlis perkahwinan seperti ini.Kacc pulak yang gementar....Ada terfikir nak pakai saja baju kebaya yang kacc bawa masa pergi sana dulu,tapi sayang niat tu terpaksa di batalkan..Baju tu sudah tak sesuai tuk kacc pakai,..bukan apa..'gedoboh' kata orang...heheh..Dah macam baju pinjam,besar sgt!..Kacc dah berjaya kurangkan sedikit berat badan sebenarnya...hehehe..


Me n Rose

Fr my friend rose if ur reading this...Thank you so much fr everything..Thanks fr sending me this lovely pic...Really miss u babe..Cant wait 2 c u!...If u cummin back fr eid,dont forget our big mission ya....hehhehe...XXXX

Rose n Paul


Tuesday, July 03, 2007

Maafkan Aku


"Menatap jalan yang menjauh
Tentukan arah yang ku mahu
Tempatkan aku pada satu
Peristiwa yang membuat hati lara"

"Di dekat engkau aku tenang
Sendu mata mu penuh tanya
Misteri hidup akankah menghilang
Dan bahagia di akhir cerita"....
.....................................................................

Maafkan aku kawan...
Maafkan aku teman...
Maafkan aku sahabat...
Maafkan aku sayang...
Maafkan aku...

Maafkan aku jika senyuman ikhlas ku ini membawa duka...
Maafkan aku jika hilai tawa ku ini mengundang air mata...
Maafkan aku jika ketulusan hati ku ini mengundang bencana...
Maafkan aku...
Maafkan aku.......
Maafkan aku.........



Sunday, July 01, 2007

Al-Fatihah

Takziah dia ucapkan kepada Jet...

...moga di cucuri rahmat hendaknya ke atas roh datuk jet dan salam takziah dari kacc sekeluarga...

Friday, June 29, 2007

Kenduri Kawin part 2


Berbanyak2 syukur di panjatkan kepada Allah taala kerana memudahkan perjalanan majlis kami.Terima kasih juga kepada saudara mara dah sahabat handai kerana sudi hadir untuk memeriahkan lagi majlis dah berkat doa kalian juga ianya berjalan dgn lancar..Terima kasih..

Fuh!Lega rasanya semuanya dah selesai..Penat tak terkira..Kekok lak rasanya nk memblog semula bila lama dah tak aktif.Hehehe...dahh siap bersawang2,berlengkar2 ular kat dlm ni kan..Ampun maaf di pinta la ya...

Klaau ada yg masih ingat,seblum ni aku ada buat perancangan untuk majlis ni.(sila lihat-kawin dlm bulan april)Perancangan tuk melarikan diri kalau ada terlampau banyak sgt soalan cepumas,heheh...Nampaknya perancangan aku tak la gagal tapi tak la berjaya gak...Sememangnya aku mmg terlampau sibuk pada hari tu...Nak bersembang mmg tak sempat..Tapi dalam tak sempat tu,ada gakk yg sempat tahan aku hanya tuk tanya soklan cepumas tu.Hampeh tul!..

Terima kasih kpd Df &Zzz,Shaark&family,Adyn n Airul kerana sudi hadir bagi memeriahkan majlis.

Sharina & Nazly

Sempat la jugak nk berposing lepas kenduri..hehhe..

Ni kawan nide n kawan aku gak..Dtg ngan wife n adik ipar n family lagi..Nide je yg x sudi dtg..(majuk ni nide..heheh)

Comei tak?Ni la anak2 shaark..Comei mcm mak dia gak...heheh..

Anak buah aku yg tak reti tak senyum kalau nmpk camera.

Ni masa nikah.Org semua pakai lawa2,cantik2,aku duk la tepi periuk,masak.Ni tgh bincang,sapa la yg dpt tong gas tu nnt lepas kenduri,ehhehe.

Tuesday, May 15, 2007

Siapa Sebenarnya...


Aku mintak maap la sbb dah lama tak update blog ni..Kesibukan yang melanda kebelakangan ini,membantutkan keinginan dan idea aku untuk memblog.Kepada rakan2 yg tidak jemu2 mengingatkan aku supaya menyapu laman,membuang sawang..terima kasih diucapkan.

Tarikh keramat tuk adik aku melansungkan hari bahgianya makin hampir..Mama dah Ayah sibuk mengaturkan itu ini untuk memastikan kelancaran majlis nanti.Tak kurang juga dengan aku,sibuk la kehulu kehilir.Namun apa yang terjadi kebelakangan ini membuatkan aku berfikir...siapa sebenarnya???...

Soalan2 yang sering aku dengar sejak beberapa bulan yg lalu dan makin kerap beberapa minggu yg lalu dan semakin lancar beberapa hari yg lalu dan juga sbb2 mengapa aku sibuk..(berapa banyak dan la mau letakk...hehehhe...)....

Pesanan penaja--"Ngah.. dah buat tempahan kat catering ke?Jgn lupa nk buat puding separuh dan buah separuh.Ayam tu masak bla..bla bla..daging tu bla bla bla..tambah kuah bla bla bla..nak tu..nk ni...buat tu skali...nk ni sama..."
Tindakan penaja--Sambung chat ngan main game..
Aku--Jumpo la makcik catering tu tuk membuat tempahan....

Pesanan penaja--"Ngah..Ko dah buat ke menu makan untuk lepas nikah?Jangan lupa tuk tahlil sekali.Pikir la cepat.. Ko nak masak apa sebenarnya"?...
Tindakan penaja--Masih lagi sibuk chat dan main game..
Aku--Perah otak pk nk masak apa then tanya pendapat mama.Kene pk lak sapa yg sesuai nk bantu aku kat dapo..

Pesanan penaja--"Ngah..Baju ko dah siap ke?Tolong hantarkan kain aku kat tailor,aku tak sempat la nk hantar..Aku nk baju mcm ni...kain mcm ni...zip...bla.. bla..butang.. bla.. bla...Jgn lupa tau!.."
Tindakan penaja--Hulurkan bag kain..kuar..start kete..jalan..
Aku--Terpaksa la tungu mak aku balik baru ada kete...

Pesanan penaja--"Ngah!Carikan kompang.Dapat nnt ko kompomkan trus.Jangan lupa kasi atucara majlis sekali"..
Tindakan penaja--Main game...chat...tido...
Aku--Bergayut kat telipon cari budak kompang.

Pesanan penaja--"Ngah!Ko dah tempah bunga pahar?Berapa banyak?..Telo berapa banyak?Budak2?Jangan lupa tempah kek sekali ngan bekas"..
Tindakan penaja--Fuhhyooo!!Ada game baru la...
Aku--Ermm..bunga pahar kali dua.bla bla..campor..bunga telo...bla bla..budak2 mungkin dlm banyak ni..ermm...kek banyak ni...

Pesanan penaja--"Ngah!Hujung minggu ni ko teman mama balik kg.Nak ambil barang lagi..nk hantar kad lagi..Aku sibuk la tak leh nk pegi skali"..
Tindakan penaja--Lepak tgk tv...siap2 nk kuar..
Aku--Teman mama balik kg dengan ati membara sbb adik aku sms dia tgh tgk wayang!

So siapa sebenarnya yg nk kawin ni???Semua tanya aku...semua aku buat...yg nk kawin lexx je main game...Hangin satu badannn...!!!!!

p/s->walaupun mcm tu aku ikhlas tulun tu just kekadang tension je...hehehhe...semoga mereka berbahagia sehingga akhir hayat.aminnn

Sunday, April 22, 2007

Why???


My stomach lurched with the horror of it all.I still couldn't believe that I was in my parents house in KL and not in my house in Man'c and it's already a year plus since I'm back home.I felt that I must have been out of my mind to have left Man'c just because of him.Had I gone completely mad??I had to go back!

How had I ended up here?It's all because of love.I love him..I left KL last time because of him and I left Man'c now again because of him.All because of him.

I know what you're thinking...and you're right.I'm mad and stupid.

How much is my love?...

If my arm had fallen off I wouldn't have said,'Oh let it be for the moment.It'll come back if it's mean to be.No point in forcing it.It might only drive away'.After all it was my arm and he's much more a part of me than any old arm.

That's how much I love him.Stupid?Again you're right.I'm a 100% stupid mad cow.Blind by love...At the end what did i got?NOTHING!!Just wasting my time...9 years!!...Arghhhh...

Maybe it's my fault.I'm not good enough for him.I'm not as pretty as her or skinny like her.It just remind me that..YES..it's not maybe,it's my fault!He love to look at young skinny cute girl every time we go out and he loves to compared me with them.Why I'm not dress like them,walk like them,talk like them or anything like them..And you know what?I just take it all,take everything in..and start blaming me for being me..Ugly fat cow..but do nothing!How stupid is that?....I thought it's just a talk..nothing more..

I was crazy if I think that I could have got him back just because I wanted him back.I must have been out of my mind to have thought that I could just ignore the fact that he was with other women.He had left me for God's sake.He had told me that he loved someone else!

How could he...

My feet started to get cold.I felt that I would never be able to sleep again.The pain of the lost I was feeling was to great to let me sleep.And I desperately wanted to sleep.Anything to stop this feeling..

Aargggghhhhh!!!!! Why??? Why?????


p/s..Sorry I just cant stand it anymore..I hate this feeling..I just want my life back!

Wednesday, April 11, 2007

Kecil-kecil cili padi



Anak siapa la ni agaknya?Hehhehe...Perkenalkan yg di kanan tu Adam dan di kiri tu Aiman.Adam baru saja mencecah umur 3 tahun manakala abangnya berusia 5 tahun.Mereka ini adalah antara peserta termuda yang pernah mengikuti perkhemahan yg di anjurkan oleh Kacc dah kawan2.Jangan risau,mereka ini bukan lah mangsa penculikan malah tidak juga melarikan diri.Kehadiran mereka ini di bawah pengawasan dan pantauan ibu mereka.

Mata dah kecik sbb ngantuk,sian Adam..Lampu suluh kasi yg kecik xnk..nk yg beso gak!hehheh

Adam telah berjaya memecahkan rekod bertahan sebagai peserta termuda yg menyertai perkhemahan.Sebelum ini rekod ini di sandang oleh seorang peserta kanak2 perempuan yg berusia 7 tahun.Tahniah! Adam..Namun begitu Adam masih belum dapat memecahkan rekod bertahan sebagai peserta termuda yg sampai ke puncak.Tak mengapa boleh cuba lagi..

Ini la mummy Adam n Aiman.

Inilah peserta kanak2 perempuan tu yang dah x kanak2 lagi..hehhhe...bersama peserta kanak2 yg masih lagi kanak2....

Agaknya..Sapa lagi comei...?Ahakss....



Friday, April 06, 2007

Doa


Buat sahabat ku nide..Ketahuilah bahawa,sememangnya aku tidak memaksa dia...tidak juga mengarah..jauh sekali mendera..Itu semua atas kerelaan dan kemahuannya sendri..Andainya doa itu termakbul adalah kerana kehendakNya...Kami hanya mampu berdoa...


p/s--..minggu ni kami tak doa pun nide..sungguh!! ...tak caya ko tanya la yana n df...kak gori je yg doa..

Sunday, April 01, 2007

Kenduri Kawin


Arini je ada 4 kenduri kawin..Semalam pun ada jugak..White board kat dapur pun dah penuh ngan senarai kenduri kawin hingga bulan 6..Seronok pegi kenduri ni sebenarnya,..antara sebabnya bleh makan free hehe(nyumm2...),bleh jumpa kawan2 or saudara mara jauh mahu pun yg dekat.Ialah kalau tak tu susah nak jumpa kan...kalau tak raya,takda kematian tak la jumpa..

Kenduri semalam dan arini semua aku tak pergi.Mama dan ayah je yang menjadi wakil.Bukan sebab malas,bukan juga sebab jauh tapi sebab penat..Penat telinga ni mendengar pertanyaan.."Ko bila lagi...Nak tunggu apa lagi...?" dan soalan2 yang seangkatan dengannya la .. Apa salah aku????...Salah ke aku kalau jodoh aku belum sampai?Atau salahkah aku kalau aku ingin menikmati hidup bujang ini lebih lama dari org lain..Salah ke aku??

Pertengahan dan hujun tahun ini,dua org adik aku akan melangsungkan perkahwinan..Adehhh...Tolongggggggg!!!!!Selamatkan aku!!...Sapa2 yang sudi..meh la culik aku...hehhehe...Culik kejap je tau..,pastu kene pulang balik lepas kenduri ya..Ahakss..Aku ada membuat beberapa perancangan...Kalau la masa kenduri tu,terlampau banyak sangat pertanyaan2 cepumas seperti itu..ini yang akan aku lakukan

  • Pura2 sakit perut dari pagi so org takkan tanya banyak
  • Lari pada tetamu lain sekiranya terasa aura soalan itu akan keluar..Erm...
  • Sibukkan diri yang sememangnya akan sibuk dan walaupun tika tak sibuk
  • Cari sesiapa yang sudi untuk jadi bopren aku aritu so org takkan tanya soklan tu lagi..Erm..nk kene ada 2 la mcm ni kan...(ada sesiapa berminat? sila hantarkan permohonan anda ASAP)
  • Pegang kunci kereta setiap masa sbb senang nak lari kalau telinga dah panas
Agak2nya boleh tak rancangan aku ni berjaya?Tuuunnngggguuuu...............


Thursday, March 29, 2007

Aku,Dia dan Langkawi.



Langkawi terkenal dengan kecantikan pulaunya dan keunikan sejarahnya.Langkawi dalam lagenda dikatakan tempat tinggal seekor burung garuda yang membinasakan angkatan anak raja Rom kecuali kapal Raja Merong Mahawangsa ketika itu mendarat di tanah besar mencari bekalan.Selain dari itu,Langkawi juga terkenal dengan kisah Mahsurinya.Sejarah Mahsuri berlaku sekitar tahun 1817 hingga 1821,namun tarikh sebenar tidak dapat dipastikan.Negeri Kedah ketika itu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ll.Sesetengah mengatakan bahawa kisah Mahsuri ini adalah sejarah bukan lagenda.Ia juga diperakui ramai tokoh sejarah Kedah,bagaimanapun peristiwa itu merupakan cerita lisan rakyat.Hakikat terdedah kepada unsur tokok tambah,maka kemasukan unsur mitos dan lagenda tidak dapat dielakkan.

Mahsuri binti Pandak Maya difitnah oleh ibu mertuanya Wan Mahura akibat cemburu.Dia difitnah melakukan hubungan sulit dengan Deramang dan melahirkan Wan Hakim yang datang dari hasil hubungan tersebut.Akibat hasutan Wan Mahura juga akhirnya mereka dijatuhkan hukuman mati.Kata-kata terakhir Mahsuri yang berupa sumpahan,tidak akan menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk Pulau Langkawi tidak aman dan tenteram selama tujuh keturunan.Akibat dari sumpahan itu,dikatakan darah yang mengalir dari tubuhnya selepas ditikam(hukum bunuh) berwarna putih.Langkawi juga dikatakan tidak membangun akibat daripada sumpahan itu.

Itulah serba sedikit tentang Langkawi...Hujung tahun lepas aku ke Langkawi bersama keluarga bagi menjayakan hari keluarga opis mama..Bertolak dr KL dengan menaiki bas ke Kole Perlis.Perjalanan diteruskan pula dari jeti Kole Perlis dengan menaiki feri ke jeti Pekan Kuah.Sekali lagi menaiki bas dari pekan kuah ke tempat penginapan.Adeh letihnya tak terkata..Adik aku gak yg untung pegi naik kapal tobang sbb kene keje aritu..Tak kisah la..

huh..kuat la tu nk tolak pokok..hehheh

Malam tu tiada aktiviti so selepas makan malam kami berjalan-jalan menyusur pantai.Dengan angin malam yang nyaman..deruan ombak memecah pantai,sungguh menenangkan..Tapi semua tu sementara sahaja..Kedatangan kami memecahkan kesunyian,menenggelamkan deruan ombak dan digantikan dengan deraian gelak tawa kami..Sudah lama tidak berkumpul beginilah jadinya..Bertukar2 cerita,..bergurau senda...

ko pikir ko ringan ke nk dukung lama2..adehh...

Selepas sarapan pagi keesokan harinya diadakan sukanika...Berbagai acara dijalankan,untuk kanak2,remaja(aku masih group ni lagi kan kan kan...) dan dewasa(atau ctizen..(mcm nide kan kan kan..) )Meriah sekali..Selepas makan tengahari kami bersiap untuk aktiviti seterusnya.Bagi yang gemar membeli belah akan ke Pekan Kuah dah sekitar langkawi untuk memborong sakan,manakala bagi mereka yang mahu bersantai akan ke jambatan gantung.


apsal la asyik korang je yg posing..aku nak jugak..nak nak nak jugak


pemandangan dari cabel car

Setelah puas bersiar2 di jambatan gantung sambil menikmati pemandangan yang indah,kami ke pekan kuah memandangkan masih ada baki waktu lagi sebelum makan malam.Pulang dari pekan kuah aku dah adik2 berlari ke pantai.Hehehe..nak kejo matahari terbenam..Puas bergambar kami pulang ke penginapan.Makan malam sungguh meriah...bukan sahaja meriah kerana makanannya tetapi juga meriah dengan acaranya,teka kacang(ehemm)..cabutan bertuah..karaoke...Nasib la tak ilang suara aku melalak malam tu...

"sinar mentari senja,mendung menyelubungi menikam jiwa.kau hadir bagai mimpi,laksana embun pagi yang menyirami..."

big bosses n anak buah berkaraoke

Keesokannya kami bersiap untuk bertolak pulang.Dari jeti pekan kuah ke jeti kole perlis kami singgah sebentar di padang beso.Shopping lagi!!..Dari langkawi sampai la ke padang beso,abis semua di borong..Aku dan adik2,kami berlegar2 seketika kemudiannya duduk di kedai minum untuk membuang masa.Setelah beberapa jam menanti akhirnya kami bertolak pulang ke KL.

hahhaha..padan muka...asyik ko je yg nk amik gambo


p/s~~nampak hanya cerita aku dan langkawi sahaja kan..dimana 'dia'?'dia'ada di tengah2 cerita itu..hehehe.....


Friday, March 23, 2007

Talifon



Aku berlegar2 di ruang makan itu mencari tempat duduk..Banyak pilihan sebenarnya,lagi2 waktu sebegini,melepasi waktu makan tengahari...Namun aku masih lagi berlegar2,mencari2 tempat yg berkenan dia hati..Setelah aku toleh kiri dan kanan,aku panjangkan leher kiranya aku terlepas pandang..Akhirnya mata aku terpaku pada meja kosong di tepi cermin itu..Sedikit tersorok dan dengan bonus,pemandangan yang cukup menarik..."Bagus!Aku duduk di situ."...kata hati sambil melangkah menghampiri meja itu..

Selang beberapa buah meja dari aku,duduk seorang pemuda.."Emm...boleh tahan jugak mamat ni...Pakaiannya kemas,gayanya juga ringkas.Mungkin dalam lingkungan 30an" fikir ku.Sedang aku leka melihat pemuda itu,tiba2...perut aku bagai di pulas2.."Aduh!Tak sabar2",..rungut ku.Perut yang kosong sejak pagi lagi minta di isi..Cacing2 itu juga minta di kasihani..Ku capai sudu dan garfu.."Bismillah"..dan tanpa segan silu,terus ku baham nasi ayam itu umpama singa lapar.Huh! Nasib baik la aku duduk sedikit tersorok,orang juga tidak ramai.Jika tidak,mungkin mereka akan berkata.."Anak siapa la tu agaknya"...Erm...Lantak la...

Sedang aku sibuk melahap ayam di pingan untuk menjamu cacing2 belaan ku,tiba2...

"Smack that all on the floor,..smack that give me some more,..smack that 'till you get sore,..smack that ooh-oooohhh!"...

Ish!Talifon sapa lak ni,..mengangu kosentrasi betul la..sambil memerhati sekeliling..

"Hello!Yang,..U kat mana? Ooo..ok...Ialah,I tunggu u la ni.Kat tempat biasa..Emm...ok..c u"...Pemuda itu mengakhiri perbualannya..

Sambil aku menyuapkan nasi ke mulut,..."Erm...nampaknya takda chance la aku,sah2 la tu makwe dia"...fikir ku..."Takpa la,mana la tau lepas ni ada lak yang lagi hencem duduk depan aku.Boleh jugak aku main mata"..fikir ku nakal..Senyuman terukir di bibir..

Dengan senyuman yang masih belum lekang,aku mengangkat muka..Memandang semula ke arah pemuda itu..Eerkkk!!Mana??...Berdiri di situ seorang lelaki warga asing,Bangladesh mungkin,sedang mengemas meja..Menghadang penglihatan ku dari terus ke pemuda itu.Memandang ke arah ku dengan senyuman yang....Argh.. Segera aku berpaling keluar,melihat ke arah pemandangan indah di luar sana..Senyum ku hanyut entah kemana.."Cet!!Apa punya malang,lain yang aku fikirkan lain pula yang muncul"..gumam ku

"......Maafkan aku,menduakan cinta mu.Berat rasa hati ku,tinggalkan dirinya...Dan demi waktu,yang mengulir di samping mu..Maafkan la diri ku......."

"Hello!Erm...Nanti saya beli la..Saya sibuk ni...Erm....erm....ok....Dia tengah buat apa tu?Tengok2 kang jatuh pulak..Ok la saya sibuk ni,balik nanti saya beli la.Erm..ok..susu skali.Saya balik lambat malam ni...Aaa...Ok..Bye"...pemuda itu mematikan perbualannya..

Eeerrkkk!....Dia??....Emmm....




Tuesday, March 20, 2007

Jokes....


My new data-entry assistant could often be heard offering encouragement to her computer.

"You can do it,big guy!" she would say.

"Good boy! Nice job fella."

After one particularly lengthy pep talk,I asked

"How do you know your computer's male?"

"Because you have to tell it what to do."

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Dave and I were involved in a petty argument, both of us unwilling to admit we might be in error.

"I'll admit I'm wrong ," I told my husband in a conciliatory attempt, " if you'll admit I'm right."

He agreed and, like a gentlemen, insisted I go first. "I'm wrong," I said.

With a twinkle in his eye, he responded, "You're right!"

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

The new computer my sister, Jewell , and her husband bought had a program with a spell-check function, which they decided to try. My sister typed in her name, and the computer suggested the correction Jewel.

"You don't know how to spell your own name," my brother-in-law said, laughing, as he typed in his name, Myron.

No such word, according to the computer. It suggested Moron.


p/s~have a nice day allz....


Tuesday, February 13, 2007

Hobi


Setiap kali anda bercerita tentang hobi anda kepada kawan2 anda,apakah maklum balas yang anda terima dari mereka?Hobi aku??....


Aku suka camping,hiking,jungle trekking dan apa saja yang seangkatan dengannya..Nikmatnya apabila berada di samping alam semulajadi...Pokok2 yang menghijau,air yang mengalir tenang..nyaman dan menyegarkan,bau tanah yang segar,unggas bersahut-sahutan..sungguh nikmat...Sesuatu yang tidak dapat di gambarkan dengan kata2 sahaja....Aku juga sukakan cabaran.Cabaran dan halangan yang menanti sepanjang perjalanan,dari point A ke point B atau mungkin juga ke point C..Cabaran yang bukan saja menguji fizikal tetapi juga mental.Tak dapat nak aku bayangkan atau gambarkan kepuasan yang dikecapi....tetapi aku puas...Apatah lagi bila sampai ke destinasi..Yup!...aku puas...

Namun bukan semua orang melihatnya dari persepsi yang sama kan...?...Ini sebahagian dari yang selalu aku terima setiap kali aku bercerita tentang hobi...

  • Campingg!!! Tido dalam hutan!! Ko giler??
  • Tido dlm khemah ngan sleeping bag je..?Takpa la,..aku tido kat umah lagi baik...
  • Semak!! Sungai!! (fr 'the business') Errkk.....Tandas takda ke?...
  • Bag besar tu nak kene bawak!!??...Ko nak bunuh diri ke??
  • Brapa lama nak sampai? What!!!! 8 jam? 2 hari? Jalan kaki? GILERR...!!!

Walau apa pun tindak balas yang diberi,aku terima...Adakalanya bila merenung kembali reaksi mereka, membuatkan aku tersenyum dah tertawa sendirian...


Ini ekspedisi ke Gunung Korbu di Perak.Perjalanannya mengambil masa selama 4 hari 3 malam dengan ketinggian 7162 kaki (G7).


Perjalanan di mulakan dengan menaiki 4x4 yang mengambil masa lebih kurang 45 min-1 jam merentasi perkampungan orang asli dan kebun kelapa sawit.Menjimatkan beberapa jam dari berjalan kaki.

Masak bubur n air teh untuk sarapan pagi sambil menanti kumpulan kedua.

Sebahagian dari jejaka2 hensem se malaya.

Sebahagian dari cabaran hari pertama.Berjalan meredah semak,pokok n buluh tumbang.



Berehat seketika.Penatt sehhh....


Berhenti untuk makan tengahari di sini,Kem Pangkin.Menu of the day MAGGI..hehehe...Semua pun dah penat so malas nak masak.Makanan sampingan,bubur pagi tadi n biskut tiger.

Tidak di galakkan untuk berhenti lama disini kerana banyak penyengat..

Kem site yang pertama.Masak tuk makan malam setelah selesai mendirikan khemah.Masa yang di ambil untuk sampai,8-9 jam.Fuhhh!!....Menu untuk makan malam,nasi..kari ayam...telur dadar...telur masin....sayur campur n kicap.hehhe

Bersiap untuk meneruskan perjalanan selepas sarapan pagi.Menu..jemput2@cekodok dan roti.

Acara wajib, senaman n doa.

Berposing dulu sebelum meneruskan perjalanan pada hari yang kedua.

Last water point seblum sampai ke puncak.Berhenti tuk ambil air, mandi(sejuk yang amat walau pun dah tgh hari) dan makan tengah hari. Seperti biasa menunya MAGGI.

Berehat seketika setelah penat mendaki dan meredah hujan.Memang sekejap pun,baru nak relex sambil meregangkan urat kabus dan angin sampai.Sejuk yang teramat...di bantu dengan baju yang lencun lagi la........gerrrrrrr

Berjaya tiba di puncak setelah berjalan lebih kurang 10-11 jam.Memasang khemah n masak tuk makan malam.Menunya..nasi dan roti arab,kari kambing,sayur pucuk dgn kentang dan telur masin.

Pemandangan Ipoh dari puncak Korbu.

Bergambar kenang-kenangan...Bila lagi....



Pompuan? Ini je yang ada....hehheh

Gambar dari permatang ke permatang
Panjattt...jgn tak panjatt....

Looks Spooky tapi ini lah antara pemandangan dah tempat paling menarik sepanjang perjalanan ini.Lumut2 hijau seperti karpet dan dihiasi dengan periuk2 kera yang comel menjalar sepanjang laluan...

Antara pemandangan yg indah sepanjang perjalanan di permatang pada hari kedua dah ketiga.

Hari terakhir.Berendam sepuas hati sambil menunggu ketibaan 4x4.

Alhamdulillah....Selamat sampai.


Whats urs?