Monday, May 05, 2008

Kenyir Part 2-Persiapan dan Perlaksanaan


Seperti biasa setiap perjalanan memerlukan persiapan yang rapi tak kira dekat mahu pun jauh.Selain daripada memeriksa kenderaan,pakaian yang mencukupi,barang-barang keperluan diri dan ubat-ubatan, makanan juga amat penting.Bekalan makanan yang mencukupi diperlukan supaya kita mendapat cukup tenaga untuk melakukan aktiviti2 yang telah diatur.

Ini lah bekalan makanan kami selama berada di kenyir..(Aku nk bawak lari beskal tu tapi tuan umah dah nampak plak...kantoi..)

Bekalan makanan yang cukup masih tidak mencukupi untuk membawa kita ke destinasi.Kita juga memerlukan kenderaan yang berada dalam keadaan baik dan pemandu yang berhemah.Perjalanan yang jauh seperti ini memerlukan seorang pemandu yang tahan lasak,cekap,peka dah jiwa yang kental..(erm...tiba2 je aku menghargai ijam...tq ijam)

Jangan anda semua tertipu dengan seliparnya yang berbunga2 indah dah kakinya yang comel itu.Ini lah dia kaki seorang pemandu yang berhemah(namun beliau mempunyai ciri2 perempit yang berjaya juga hehheh)

Haaa!....Bahagian ni penting...Anda memerlukan pembantu dan tukang masak yang berhati waja, yang tak gayat untuk membantu dan masak dlm bot semasa dia bergerak..Hehehehe...


Pemandu bot yang cekap juga amat penting untuk memastikan perjalanan kita berjalan lancar.Memandangkan banyak tunggul2 kayu di sekitar kawasan tasik itu pemandu bot harus berhati2 memilih laluan.Terima kasih yang tak terhingga kepada pemandu bot kami Budin@Budingg yang membawa kami pergi dah balik dengan selamatnya.


Krew2 bot sedang berbincang di mana lagi tempat yang sesuai untuk 'parking' bot memandangkan banyak tempat2 yang sesuai telah di ambil oleh bot2 yang lain.






7 comments:

Anonymous said...

macam kaki aku lah..kat depan pintu tu...hehehehehhehehe

m i n e r a l . . . said...

kekekekek credit utk ijam jer ker...huahauhau ada apa2 erkk?
btw thank to u all...
walaupun wa dh ade plan.. kalau takde sesapa nk masak.. wa dgn rela hati masak bersama ijam.... tp ramai volunteer nk tunjuk bakat... i rela u auwwwwwww. jejejeje

arZOoo said...

wakakkaakak lia....ampessss sungguh..tapi 'terima kasih kerana menjaga makan minum ku semasa berdaa di dalam bot itu', ucapan ku kepada si tukang masakk..wakakakakka

aiyakkk terlepas aku nak makan ijam masak..aiyakkkkk..kekekekek

Anonymous said...

Wahh suka sakan korang erkk...sampai tak ingat langsung kat aku ni haaa...nut, wan tanya pesai tak ajak dio...

Oh ya ada permintaan...next trip..pastikan ada yg encem & macho dibawa sekali...hahahahaa

Nuts@Kacc said...

anonymous,..
mmg kaki ko pun..hahhaha...apsal la ko ada kat situ..tak leh aku nk tembat beskal tu..ahakss..

mineral,..
erkkk..emm.. emm... mana ada apa2 ngan ijamm..

la!...kenapa tak ckp nak masak ngan ijam...kami dengan rela ati menerimanya..hahhaha...

arzooo,..
heheheh arzooo jgn la marah..aku ikhlas tu..wkhakhakhaka

'terima kasih kerana menjaga makan minum ku semasa berada di dalam bot itu',.....

ermm...mcm pernah ku dengar ayat ni tapi di mana ya...??

walau pun aku tak dpt rasa ijam masak tapi kesanggupannya membantu di dapo n bancuh air sudah mencukupi..terharu beb...hehehhe(best ooo dia buat air teh/kopi)

dea,..
hehheh manakan pernah aku pegi mana2 tak ingat kat ko..tak caya tanya tun..bukan aku tak nk ajak wan tapi aku pun atas jemputan..hehhe...lain kali ya wan..kita pegi lagi...

hahhaha kalau nk yg encem2 n macho2 no prob..janji kene joint la..

Anonymous said...

ijam buat air teh/kopi mmg best..lengkap, perfect, excellence dan satu lagi dia suka basuh pinggan....lia..x aral lah anak aku kecik lagi kalau tdk tangkap wat menantu ni....wakakakakakak korang dgn ceng jgn jeles lak.......

sharkk...next trip nak join ke...apa2 citer tanya lia..hope ko dpt join..best ooo kumpul ramai2 ni leh wat ketupat daun kelaps dengan rendang hitam.....hahahahahahah...

Nuts@Kacc said...

df,..
huh df ko puji melambung je kat ijam tu kan..aku jeles tahap gaban dah ni..hehhehe.xpa2...aku kasi laluan sikal kat ko..

bukan setakat ketupat daun palas n rendang itamm..lontong..sotong..nasi beriani..nasi dagang semua ada..hahaha..buat je mana satu korang nak...