Langkawi terkenal dengan kecantikan pulaunya dan keunikan sejarahnya.Langkawi dalam lagenda dikatakan tempat tinggal seekor burung garuda yang membinasakan angkatan anak raja Rom kecuali kapal Raja Merong Mahawangsa ketika itu mendarat di tanah besar mencari bekalan.Selain dari itu,Langkawi juga terkenal dengan kisah Mahsurinya.Sejarah Mahsuri berlaku sekitar tahun 1817 hingga 1821,namun tarikh sebenar tidak dapat dipastikan.Negeri Kedah ketika itu dibawah pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Syah ll.Sesetengah mengatakan bahawa kisah Mahsuri ini adalah sejarah bukan lagenda.Ia juga diperakui ramai tokoh sejarah Kedah,bagaimanapun peristiwa itu merupakan cerita lisan rakyat.Hakikat terdedah kepada unsur tokok tambah,maka kemasukan unsur mitos dan lagenda tidak dapat dielakkan.
Mahsuri binti Pandak Maya difitnah oleh ibu mertuanya Wan Mahura akibat cemburu.Dia difitnah melakukan hubungan sulit dengan Deramang dan melahirkan Wan Hakim yang datang dari hasil hubungan tersebut.Akibat hasutan Wan Mahura juga akhirnya mereka dijatuhkan hukuman mati.Kata-kata terakhir Mahsuri yang berupa sumpahan,tidak akan menghalalkan darahnya jatuh ke bumi kerana beliau mangsa fitnah dan mengutuk Pulau Langkawi tidak aman dan tenteram selama tujuh keturunan.Akibat dari sumpahan itu,dikatakan darah yang mengalir dari tubuhnya selepas ditikam(hukum bunuh) berwarna putih.Langkawi juga dikatakan tidak membangun akibat daripada sumpahan itu.
Itulah serba sedikit tentang Langkawi...Hujung tahun lepas aku ke Langkawi bersama keluarga bagi menjayakan hari keluarga opis mama..Bertolak dr KL dengan menaiki bas ke Kole Perlis.Perjalanan diteruskan pula dari jeti Kole Perlis dengan menaiki feri ke jeti Pekan Kuah.Sekali lagi menaiki bas dari pekan kuah ke tempat penginapan.Adeh letihnya tak terkata..Adik aku gak yg untung pegi naik kapal tobang sbb kene keje aritu..Tak kisah la..
Malam tu tiada aktiviti so selepas makan malam kami berjalan-jalan menyusur pantai.Dengan angin malam yang nyaman..deruan ombak memecah pantai,sungguh menenangkan..Tapi semua tu sementara sahaja..Kedatangan kami memecahkan kesunyian,menenggelamkan deruan ombak dan digantikan dengan deraian gelak tawa kami..Sudah lama tidak berkumpul beginilah jadinya..Bertukar2 cerita,..bergurau senda...
Setelah puas bersiar2 di jambatan gantung sambil menikmati pemandangan yang indah,kami ke pekan kuah memandangkan masih ada baki waktu lagi sebelum makan malam.Pulang dari pekan kuah aku dah adik2 berlari ke pantai.Hehehe..nak kejo matahari terbenam..Puas bergambar kami pulang ke penginapan.Makan malam sungguh meriah...bukan sahaja meriah kerana makanannya tetapi juga meriah dengan acaranya,teka kacang(ehemm)..cabutan bertuah..karaoke...Nasib la tak ilang suara aku melalak malam tu...
p/s~~nampak hanya cerita aku dan langkawi sahaja kan..dimana 'dia'?'dia'ada di tengah2 cerita itu..hehehe.....