
Malam tu aku balik umah dengan perasaan takut.Sah la kena marah lagi arini.Sakit kene rotan semalam pun tak abis lagi.Tu semua gara2 anak Mak Ngah Leha la tu.Terbayang2 aku wajahnya yang menyeringai macam kerang busuk kemudian terbahak2 gelakkan aku pula bersama2 kawannya si Leman Rongak.Angin betul aku..Suka aku la rambut aku nk kerinting ke,macam maggie ke apa ko peduli..Ko tu lagi la tak malu,dah beso pun makan mak ko suapkan,baju mak pakaikan marah aku.Kutuk mengutuk tu berlarutan dan semakin menjadi2.Pantang betul aku kene kutuk mcm ni.Sabar aku ilang,aku kejar si Samad keliling kampung.Tak cukup kejar mengejar ngan beskal sampai tergolek,aku berlari pula mengejar dia sampai bertumbuk.Rasakan ko Samad kutuk aku lagi.Petang tu kami pulang ke rumah ngan muka lebam2.Aku tgk Samad kene marah dan rotan teruk ngan Pak Ngah.Padan muka dia.Puas ati aku.Aku ingat balik tu nak mengadu kat mama pasal Samad tapi tau2nya mama dah tunggu depan pintu ngan rotan..Huh!Siap ko Samad.
Adehhh!..Apa la alasan aku nak bagi ni..Tapi bukan salah aku pun..Dah nak jadi,nak buat macam mana...Aku tgk Along berjalan laju je di hadapan...Tak sabar nak sampai rumah la tu..Nak report kat mama la tu..Hampeh punya kakak..Ni semua salah ko la Along.Ko yang ajak aku pegi beli burger tu sbb tu la aku lupa nk sorokkan balik slipar tu..Cilakak betul la..Sapa la punya keje ni..Kat masjid pun nk mencuri..Dah dua kali aku kene ni..Semalam kasut aku ilang..Arini slipar aku plak ilang..Aku pasti ni mesti ada yang dengki ni...Siap la kalau aku tau....
Seminggu sebelum raya,Samad datang kerumah dengan adiknya Ecah smbil menjinjing beg plastik.Smbil tersenyum2 di depan pintu dia menghulurkan beg plastik tu kepada aku.Nah hadiah tuk ko katanya dah terus berlari entah ke mana..Ecah berdiri di situ terpinga2..Aku buka beg plastik tu dan...AArghhhhhhhhhhhhhhh.....Gerammmnya akuuuuuuuuuuuuuuu..!!!Rupanya ko la yg curi kasut aku ya...!
Indahnya la zaman tu...
Ops lupa..Tag dari Izariza ini tak akan saya panjangkan..Biar la tamat di sini sahaja bagi memudahkan anda2 semua menyambut syawal dengan gembira tanpa perlu risau akan tag yang tak siap lagi ...heheh..
Salam Aidilfitri buat semua teman2..Ampun maaf dipinta sekiranya ada salah silap sepanjang perkenalan ini..Semoga berbahagia dihari lebaran..